Skip to main content

Selebriti

Iqbal Dedah Dua Tahun Usaha Berdamai Dengan Vida, Akhirnya ‘Give Up’ Takut Menganggu - “Setiap Tiga Bulan Mesej, Tiga Jam Berdiri Depan Pagar Rumah…”

Iqbal cubaan pujuk Vida

Sekilas

  • Iqbal Zulkefli mendedahkan dia telah berusaha selama lebih dua tahun untuk berdamai dengan Datuk Seri Vida tetapi tidak mendapat sebarang respons.
  • Iqbal pernah menghantar mesej setiap tiga bulan dan menunggu di hadapan rumah Vida selama tiga jam, namun usahanya tidak diendahkan.
  • Setelah percubaan terakhir pada bulan Ramadan gagal, Iqbal membuat keputusan untuk menghentikan usaha dan menyekat semua komunikasi dengan Vida.

Pempemgaruh media sosial, Iqbal Zulkefli mendedahkan dia pernah berusaha selama lebih dua tahun untuk berdamai dengan usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Iqbal bagaimanapun reda apabila usahanya itu tidak mendapat sebarang respons.

Berkongsi lanjut mengenai perkara itu, Iqbal berkata dia menghantar mesej setiap tiga bulan kepada Vida secara konsisten dengan harapan dapat menamatkan perselisihan secara baik.

Malah kata Iqbal, dia juga pernah datang ke Ipoh dan menunggu di hadapan rumah Vida selama tiga jam, namun tetap juga tidak diendahkan.

“Dipertemukan Datuk Seri Vida di kediaman Datuk Aliff itu setelah lebih dua tahun kami tidak berhubung.

“Setiap tiga bulan sekali saya mesej DSV tanpa henti selama dua tahun, tujuan saya untuk aman walaupun membawa haluan masing-masing.

“Tiada sepatah balasan. Sehinggalah suatu hari, saya ke Ipoh, selama tiga jam saya berdiri di depan pagar rumah DSV.

“Saya nampak jelas kelibat DSV lalu depan saya namun saya tidak dilayan,” jelasnya.

Tambah Iqbal lagi, percubaan terakhirnya untuk berdamai dilakukan pada bulan Ramadan lalu, namun  usahanya itu masih tidak berhasil.

Disebabkan perkara itu juga, Iqbal akhirnya membuat keputusan untuk menghentikan segala usaha dan menyekat semua bentuk komunikasi dengan Vida.

“Bulan puasa kali ini, mesej perdamaian kali terakhir dan akhirnya saya blok kesemua nombor telefon DSV dan lebih 20 akaun media sosial beliau juga saya blok sebab saya takut saya ini keterlaluan mengganggu,” kongsinya.

Terdahulu, Vida berkongsi secara terbuka bahawa dia masih belum mampu memaafkan bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli, atas perkara yang berlaku sebelum ini.

Vida mendedahkan pengorbanan besar yang pernah dilakukannya termasuk menyimpan benih di hospital dan menanggung kos bulanan yang tinggi.

Untuk rekod, hubungan Vida dan Iqbal sebelum ini pernah menjadi perhatian apabila kedua-duanya merancang untuk berkahwin, namun hasrat tersebut tidak kesampaian.

Selepas perpisahan, Iqbal memilih untuk meneruskan kehidupan dan mengakui cuba melupakan kisah lalu.

Sumber: Threads @ahmadiqbalzulkefli

Anda mungkin berminat dengan

7pcs High Waist Slimming Panties - Seamless Plus Size Underwear, Seluar Dalam Wanita

7pcs High Waist Slimming Panties - Seamless Plus Size Underwear, Seluar Dalam Wanita

Heal Chocolate Crunch/Fruity Raspberry Breakfast Protein Bar (3 Bars) - Halal Certified

Heal Chocolate Crunch/Fruity Raspberry Breakfast Protein Bar (3 Bars) - Halal Certified

Unisex Selipar Yeezy Slide Kanye Men's and Women's Casual Slippers Indoor Slipar Selipar Sandal Shoe Kasut男女款椰子拖鞋

Unisex Selipar Yeezy Slide Kanye Men's and Women's Casual Slippers Indoor Slipar Selipar Sandal Shoe Kasut男女款椰子拖鞋

Pillow Makeup Bag Soft PU Leather Portable Cosmetic Bag Double Layer Large Capacity Travel Toiletries Storage Bag Pouch

Pillow Makeup Bag Soft PU Leather Portable Cosmetic Bag Double Layer Large Capacity Travel Toiletries Storage Bag Pouch

Jordan Club Hat

Jordan Club Hat

MILVUS M13064 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Ladies Straight Cut Pants

MILVUS M13064 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Ladies Straight Cut Pants

Must Watch Video

Advertisement