Tindakan pempengaruh, Imran Bard melanjutkan pelajaran dalam bidang kulinari di Toronto, Kanada mencuri perhatian ramai.
Ini termasuk juga dalam kalangan warga maya yang memuji kesungguhan serta visinya terhadap masa depan.
Menjengah ke ruangan di media sosial, rata-rata netizen menyatakan rasa bangga terhadap keputusan Imran yang dilihat mementingkan ilmu dan pendidikan, walaupun dikatakan sudah berjaya sebagai pencipta kandungan.
“Aku bukan orang yang minat influencer, tapi tahu Imran sebab dia ada saluran YouTube masak-masak. Daripada keluarga biasa, SPM biasa-biasa, kereta pun pakai Kancil.
“Tapi dia ada azam tinggi nak berjaya dan sambung belajar dalam bidang yang dia minat iaitu kulinari,” tulis netizen berkenaan.
Dalam masa sama, ada juga yang menyifatkan Imran sebagai contoh terbaik kepada pempengaruh agar tidak memandang ringan soal pendidikan.
“Jadilah seperti Imran Bard. Sehebat mana pun jadi influencer, jangan rasa pendidikan itu tidak penting. Tak pernah dengar dia menunggang isu SPM boleh kaya.
“Impian nak jadi Celebrity Chef bukan sekadar tahu masak. Dia fikir jauh, sebab itu dia kumpul duit perlahan-lahan untuk sambung belajar. Konten dia lawak tapi berisi,” ujar beberapa netizen.
Rata-rata pengguna media sosial turut mendoakan kejayaan Imran sepanjang pengajiannya di luar negara dan berharap usaha tersebut membuahkan hasil.
“Wahh Imran Bard! Terbaik sambung belajar,”
“Respect Imran Bard sebab ada kesungguhan nak menuntut ilmu,” komen beberapa lagi.