Skip to main content

Selebriti

Ikmal Amry Hormati Teguran Isteri, Pilih Untuk ‘Slow Down’ Tayang Badan - “Saya Sudah Berada Dalam Fasa Kurangkan, Sampai Bila Nak…”

Ikmal Amry

Sekilas

  • Ikmal Amry mengakui isterinya, Najla, kurang bersetuju dengan tindakannya yang kerap memuat naik foto atau video tanpa baju di media sosial selepas berkahwin.
  • Ikmal kini cuba memperlahankan aktiviti tersebut demi menghormati perasaan isteri dan kerana faktor usia yang semakin meningkat.
  • Ikmal menjelaskan tindakan membuka baju hanya dilakukan mengikut tuntutan watak dalam filem atau aktiviti kecergasan, bukan secara sewenang-wenangnya.

Pelakon, Ikmal Amry mengakui isterinya, Najla kurang bersetuju melihat dirinya kerap memuat baik foto atau video tidak berbaju di media sosial selepas mereka mendirikan rumah tangga.

Menurut Ikmal, isterinya sudah beberapa kali memberikan teguran dan meminta dia mengurangkan tindakan tersebut memandangkan imej sebegitu sering menjadi perhatian netizen.

“Untuk isteri sebenarnya dia tak okay, lepas berkahwin ini banyak lah dia kata tak perlu untuk buat begitu.

“Tetapi saya sudah berada dalam bidang fitness (kecergasan), kadang-kadang bila di gim, terlepas juga,” katanya.

Bukan sekadar menghormati, malah kata Ikmal teguran daripada isteri membuatkan dia mula berfikir untuk memperlahankan imej tersebut memandangkan dirinya juga semakin meningkat usia.

“Tapi kini saya berada dalam fasa perlahan-lahan untuk cubakan kurangkan tunjuk badan, kalau fikir, sampai bila saya nak ada badan seperti itu.

“Mungkin masa saya sudah berusia 40 tahun ke atas, badan saya tidak sebegitu lagi. Tapi bila isteri dah kata begitu, saya cuba ikut kehendaknya.

“Baru-baru ini, saya sertai sembilan acara Hyrox, empat daripadanya saya buka baju dan sudah menerima teguran daripada isteri.

“Sekarang ini, apabila saya sertai Hyrox saya sudah mula berbaju dan saya sendiri rasa sudah tiba masanya untuk ‘slow down’ tayang badan.

“Minta maaf, khilaf saya, saya akan cuba untuk tidak kerap tunjukkan lagi,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Ikmal bagaimanapun menjelaskan terdapat situasi tertentu yang memerlukan dirinya untuk tampil tanpa berbaju terutama ketika membawakan watak aksi.

Katanya, perkara itu bukan dilakukan sewenang-wenangnya tetapi mengikut kesesuaian karakter dan tuntutan kerja dan aktiviti kecergasan.

“Saya hanya akan lakukan untuk kerja sahaja seperti mana dalam filem Tarung: Unforgiven dan juga The Furious ini.

“Industri kita juga sudah ke arah cerita aksi. Ada yang tak perlu buka baju tetapi boxing adalah boxing, kita tengok mana-mana boxing seperti lagenda Muhammad Ali, belum pernah lagi dia pakai baju ketika berlawan.

“Saya bawa watak ikut kehendak, tetapi tak adalah saya nak buka baju sewenang-wenangnya dalam mana-mana babak. Semuanya adalah kerana tuntutan watak.

“Tapi ada juga buka baju tidak melibatkan watak seperti melakukan aktiviti berlari, itu kehendak sendiri sebenarnya.

“Tetapi kalau untuk filem, itu adalah untuk tuntutan watak. Kalau ketika saya melakukan aktiviti di luar yang tidak melibatkan sebarang tuntutan watak, itu adalah kehendak sendiri,” katanya.

Terdahulu, Ikmal merupakan antara selebriti yang dikenali sebagai seorang yang aktif bersukan selain memiliki badan yang cantik.

Anda mungkin berminat dengan

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Advertisement