Skip to main content

Selebriti

Iddin Beri Pesanan Jangan Terlalu Cepat Menilai, Kata Orang Sombong - “Kadang-Kadang Kita Akan Tersalah Tafsir Keadaan…”

Iddin

Sekilas

  • Iddin Ramli menasihatkan orang ramai supaya tidak cepat membuat andaian tanpa bukti kukuh bagi mengelakkan salah faham dan ketidakadilan.
  • Dia berkongsi pengalamannya yang memilih untuk menilai seseorang berdasarkan pertemuan secara berdepan, bukan hanya dari pandangan negatif orang lain.

Pempengaruh media sosial, Iddin Ramli menasihatkan  orang ramai agar tidak terlalu cepat membuat andaian atau menilai sikap seseorang tanpa bukti yang kukuh.

Menerusi perkongsian di Threads, Iddin berkata sikap terburu-buru dalam membuat andaian boleh membawa kepada salah faham dan ketidakadilan terhadap individu lain.

Mengambil contoh pengalamannya sendiri, Iddin menegaskan setiap kali dia mendengar pandangan negatif tentang seseorang, dia memilih untuk tidak mempercayainya bulat-bulat selagi belum bertemu secara berdepan.

“Saya kalau dengar seseorang cakap orang itu sombong saya tak akan percaya selagi saya jumpa sendiri orang tersebut dan lihat sendiri behaviour orang tersebut.

“Sebab saya percaya, kadang-kadang kita akan tersalah tafsir keadaan dan terlalu cepat buat sangkaan,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi bebenang yang sama, rata-rata netizen bersetuju dengan pesanan yang diberikan Iddin.


Malah mereka juga turut berkongsi pengalaman berdepan dengan situasi seperti itu.

Dalam perkambangan lain, Iddin merupakan peserta program Islamik iaitu Mualim Muda.

Bagaimanapun rezeki tidak menyebelahi Iddin apabila tersingkir di pentas suku akhir Jumaat lalu bersama Mualim Muda Zaimi.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement