Sekilas
- Ibu penyanyi Aisyah Aziz, Siti Hafizah Sheikh Mohamad, mengumumkan kelahiran putera sulungnya menerusi Instagram.
- Siti Hafizah mendoakan agar cucunya sentiasa dalam lindungan Allah dan menjadi anak soleh yang membahagiakan keluarga.
- Aisyah Aziz berkahwin dengan Fahrudin Amir, abang kepada PU Riz, pada 11 April lalu di Singapura, namun belum berkongsi berita kelahiran di media sosial.
Ibu kepada penyanyi, Aisyah Aziz iaitu Siti Hafizah Sheikh Mohamad mengumumkan anak perempuannya selamat melahirkan putera sulung.
Berita gembira itu dikongsikan Siti Hafizah menerusi satu hantaran di Instagram.
Hafizah turut mendoakan agar cucunya itu sentiasa dibawah lindungan Allah SWT.
“MasyaAllah Allahumma baarik, hadiah yang sangat-sangat bernilai buat kami sekeluarga. Amin Allahumma amin. Kami doakan cucunda sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah, menjadi anak yang soleh, penyejuk mata buat Abah dan Ummi serta keluarga, dan sentiasa berbahagia di dunia dan akhirat.
“Ummi Wan dan Tok Ayah missing you already. Love and hugs to my beloved daughter Aisyah Aziz dan hubby Fahrudin Amir,” tulisnya.
Bagaimanapun, menerusi tinjauan Gempak, pelantun lagu Bila Entah itu tidak membuat sebarang hantaran mengenai kelahiran cahaya mata pertamanya.
Untuk rekod, Aisyah berkahwin dengan abang kepada PU Riz di Singapura pada 11 April lalu.