Skip to main content

Hiburan

Haqiem Stopa Akui Khilaf & Gagal, Luahan Sebak Buat Anak Undang Perhatian - “Daddy Minta Maaf Sebab Gagal…”

Haqiem Stopa

Sekilas

  • Haqiem Stopa memohon maaf kepada anaknya, Hud Talhah, dan bekas isteri, Aireena Sofia, atas kegagalannya sebagai bapa dan suami.
  • Dia berjanji akan memberikan yang terbaik untuk anaknya walaupun sudah berpisah dengan Aireena.
  • Haqiem juga mendoakan agar bekas isterinya bertemu dengan insan yang lebih baik selepas perceraian mereka pada Januari lalu.

Pempengaruh media sosial sensasi, Haqiem Stopa tidak dapat menahan sebak apabila diminta untuk meninggalkan mesej ucapan buat anaknya, Hud Talhah.

Menerusi potongan video dimuat naik akuan TikTok @sembangohhyeahh, Haqiem atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar memohon maaf buat anaknya yang baru berusia empat bulan itu sekiranya gagal menjadi bapa yang baik.

Haqiem turut memohon maaf kerana tidak menjadi suami yang baik kepada bekas isterinya, Aireena Sofia.

“Talhah, daddy (panggilan Haqiem) minta maaf sebab banyak gagal dalam mengaturkan corak hidup yang patut daddy corakkan sebaik mungkin tapi daddy gagal.

“Begitu juga kepada mommy (bekas isteri), daddy minta maaf sebab gagal mengatur serta gagal membuat pilihan yang sebaiknya.

“Segala salah dan silap serta kekurangan daddy minta maaf,” kongsi Haqiem.

Tambah Haqiem, dia berjanji akan memberikan yang terbaik buat anaknya sehingga ke hujung nyawa meskipun dia sudah berpisah dengan Aireena.

Dalam masa yang sama, pempengaruh berusia 26 tahun ini berdoa agar bekas isterinya berjumpa dengan insan yang lebih baik berbanding dirinya di masa akan datang.

“Daddy janji, daddy akan buat yang terbaik sampai akhir hayat daddy buat Talhah.

“Semuanya adalah untuk Talhah, seratus peratus. Itu janji daddy.

“Buat mommy Talhah, semoga dapat jumpa yang lebih baik daripada daddy sekarang,” tambah Haqiem.

Sekadar info, Haqiem sah bercerai talak satu dengan Aireena pada 13 Januari lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Hud Talhah yang kini berusia empat bulan.

Sebelumnya, Aireena memfailkan perceraian pada November tahun lalu kerana mendakwa Haqiem berlaku curang dan menjalinkan hubungan dengan wanita lain ketika dia dalam pantang.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Digital LED Tasbih Counter

Digital LED Tasbih Counter

K12 Wireless Karaoke Speaker

K12 Wireless Karaoke Speaker

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Must-Watch Video

Advertisement