Skip to main content

Hiburan

Hafiz Suip Kongsi Pengalaman Bimbing Isteri Mualaf, Dapatkan Khidmat Nasihat Akim Ahmad Dan Hazama - “Mereka Lalui Pengalaman Sama”

Astro Gempak

Sekilas

  • Hafiz Suip berkongsi pengalaman pertama membimbing isterinya yang mualaf, Fiona Safiyya, dalam memeluk Islam.
  • Dia mendapatkan pandangan rakan artis seperti Akim Ahmad dan Hazama yang juga berkahwin dengan pasangan bukan Muslim untuk mendapatkan sokongan.
  • Hafiz turut berkongsi suasana Aidilfitri pertama yang hiba selepas pemergian ibunya, Allahyarham Halizawati, pada November tahun lalu.

Penyanyi Hafiz Suip mengakui pengalaman membimbing isterinya yang mualaf, Fiona Safiyya merupakan sesuatu yang baharu buat dirinya.

Menurut Hafiz, dia tidak pernah mempunyai pengalaman membimbing individu memeluk agama Islam sebelum ini.

“Sebelum ini memang tidak pernah bimbing orang lain peluk agama Islam. Ini merupakan kali pertama.

“Apa yang saya boleh katakan, saya hanya berserah kepada Allah. Nak kata pandai itu, tidaklah sangat, ada juga soalan yang saya tidak tahu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Seri Syawal Usanita.

Tambahnya, dia turut mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan artis yang mempunyai pengalaman berkahwin dengan pasangan bukan Muslim.

“Saya ada bertanya dan berkongsi pendapat dengan rakan artis seperti Akim Ahmad dan Hazama kerana mereka juga melalui pengalaman sama,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hafiz turut berkongsi pengalaman menyambut Aidilfitri pertama bersama isterinya di Sarawak, namun suasana tahun ini sedikit hiba buat keluarganya.

Menurutnya, pemergian bonda tercinta, Allahyarham Halizawati pada November tahun lalu masih dirasai sehingga kini.

“Bapa berpesan tahun ini tidak perlu buat rumah terbuka, cukup sekadar menziarahi keluarga terdekat.

“Suasana memang terasa sedikit hiba terutama apabila berkumpul di rumah nenek,” katanya.

Tambah Hafiz, arwah ibunya merupakan individu yang gemar memeriahkan suasana keluarga setiap kali perayaan.

“Arwah ibu anak bongsu dan seorang yang suka memeriahkan suasana.

“Jadi bila berkumpul tahun ini, kami semua sangat terasa kehilangan dan ketiadaan arwah,” ujarnya.

Untuk rekod, Hafiz dan Fiona selamat mendirikan rumah tangga pada 13 Februari lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Petrajaya, Kuching, Sarawak.

Anda mungkin berminat dengan

MIG Premium 200gsm Technology Cotton Comfortable Round Neck Lengen Pendek Oversized Plain T shirt

MIG Premium 200gsm Technology Cotton Comfortable Round Neck Lengen Pendek Oversized Plain T shirt

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

Seluar Bootcut Women Trousers Long Palazo New Fashion Female Loose Casual Pants

Seluar Bootcut Women Trousers Long Palazo New Fashion Female Loose Casual Pants

Wool and Silk Warm Thermal Wear Set for Women Men Heat Tech Inner Wear Fleece Long John Autumn Winter Thermal Underwear Cashmere Top and Pants

Wool and Silk Warm Thermal Wear Set for Women Men Heat Tech Inner Wear Fleece Long John Autumn Winter Thermal Underwear Cashmere Top and Pants

Fast shipping Unisex Comfortable and non slip woven sandals Outdoor beach sandals

Fast shipping Unisex Comfortable and non slip woven sandals Outdoor beach sandals

READY STOCK🎁WEBEE Combat SWAT Men's Boots Tactical Outdoor Hiking Kasut Operasi Pdrm Askar (No Box)

READY STOCK🎁WEBEE Combat SWAT Men's Boots Tactical Outdoor Hiking Kasut Operasi Pdrm Askar (No Box)

Must Watch Video

Advertisement