Pelakon, Hafidz Roshdi menitipkan ucapan penuh emosi sempena ulang tahun kelahiran anak-anaknya, Umar dan Humairah, meskipun kini terpisah jarak dan tidak dapat bersama.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Hafidz, 30, memuat naik tangkap layar mesej yang dihantarnya buat dua cahaya mata tersayang.
Advertisement
“Salam Humairah dan Umar, ni abah. Abah rindu korang sangat-sangat, harap kita dapat jumpa satu hari nanti. Moga baik-baik untuk Humairah dan Umar. Happy birthday, semoga besar jadi anak yang soleh dan solehah. Abah sayang korang,” tulisnya.
Dalam hantaran sama, pelakon itu turut menitipkan ucapan selamat ulang tahun selain berharap anak-anaknya membaca mesej tersebut.
“Harap Humairah baca and happy okay. Happy Bornday Humairah n Umar.” tulisnya.
Sebelum ini, Shuhada mendakwa bekas suaminya culas memberikan wang perbelanjaan anak-anak sepanjang mereka berada di Australia.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam membenarkan Hafidz mendapat hak lawatan interim terhadap dua anaknya sepanjang cuti sekolah selama dua minggu bermula 29 Mei lalu.
Hafidz nekad memfailkan tuntutan hadanah penuh dan interim selepas lebih setahun tidak bertemu dengan anak-anaknya, yang dipercayai berada di Australia bersama Shuhada.
Menurut peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader, sepanjang tempoh tersebut dua anak Hafidz akan berada di bawah jagaan bapa pelakon itu sebelum diserahkan kembali kepada ibu mereka.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 sebelum bercerai pada 27 Julai 2023. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.