Skip to main content

Selebriti

GMWA25: Farihin Arnia Bangga Wan Chai & Adam Bakery Tercalon, Bawa Nama Baik RB Gang - “Ini Adalah Muka-Muka Yang Selalu Dilihat…”

GMWA25 Farihin

Sekilas

  • Farihin Arnia berasa bangga dengan pencalonan rakannya, Wan Chai dan Adam, dalam Gempak Most Wanted Awards 2025 mewakili pasukan RB Gang.
  • Wan Chai dan Adam tercalon dalam kategori Digital Creator (Entertainment) Tergempak 2025, dengan senarai Top 10 diumumkan pada 14 Januari 2026.
  • Fasa undian GMWA2025 bermula 15 Januari hingga 15 Februari 2026 menggunakan format baru iaitu 50% undian peminat dan 50% undian juri profesional.

Personaliti media sosial Farihin Arnia meluahkan rasa banggaterhadap rakannya iaitu , Wan Chai dan Adam, yang kini tercalon dalam  Gempak Most Wanted Awards 2025 (GMWA2025).

Menurut Farihin, pencalonan tersebut merupakan satu pencapaian besar bukan sahaja buat Wan Chai dan Adam secara individu, malah untuk keseluruhan pasukan mereka iaitu RB Gang.

“Saya sebenarnya rasa bangga dekat mereka iaitu Wan Chai dan juga Adam, sebenarnya dalam geng kami ini mengutamakan akan ada salah seorang yang tercalon dalam GMWA.

“Tak kisah sesiapa tapi wajib ada wakil yang tercalon daripada team kami. Sebagai contoh sebelum ini Ryan Bakery dan saya.

“Tetapi tahun ini kita ada Adam dan Wan Chaii, jadi kami rasa gembira sebab ini adalah muka muka yang selalu dilihat oleh orang.

“Dalam masa yang sama juga mereka berdua bawa nama team dalam GMWA ini dan kami semua teruskan memberi sokongan pada mereka,” katanya kepada Gempak.

Tambah Farihin lagi, melihat kejayaan rakan-rakannya itu membuatkan dirinya berasa teruja dan terkenang kembali pengalaman ketika pernah tercalon sebelum ini.

“Saya tengok mereka pun saya rasa teruja, rasa macam saya juga pernah berada di situ suatu ketika dahulu.

“Jadi saya rasa ini merupakan salah satu pencapaian besar juga bagi mereka dan saya rasa bangga, ini juga adalah demi kelangsungan hidup mereka dan demi nama baik RB Gang juga,” ujarnya.

Untuk info, Wan Chai dan Adam tercalon bagi kategori Digital Creator (Entertainment) Tergempak 2025 di anugerah Gempak Most Wanted Award 2025 (GMWA2025).

Senarai Top 10 GMWA2025 diumumkan secara rasmi pada 14 Januari 2026 dan fasa undian akan dibuka kepada orang ramai bermula 15 Januari hingga 15 Februari 2026.

Lebih menarik, GMWA kali ini juga membawa format baharu iaitu 50 peratus undian peminat dan 50 peratus lagi undian daripada juri profesional.

Edisi kali ini juga tiada lagi dua fasa undian seperti edisi terdahulu sebaliknya calon-calon Top 10 akan terus bertanding sehingga ke Malam Kemuncak GMWA2025.

Sebanyak 50 kredit undian diberikan bagi setiap kategori sehari.

Jangan lupa layari www.gempakmostwantedawards.com untuk mengundi calon kegemaran anda.

Anda mungkin berminat dengan

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Must-Watch Video

Advertisement