Gempak Most Wanted Awards 2025 (GMWA 25) kembali menghangatkan industri hiburan tanah air dengan meraikan penggiat seni dan pencipta kandungan digital yang mencetuskan fenomena sepanjang tahun 2025.
Malam anugerah berprestij yang berlangsung di MBSA, Shah Alam itu mempertandingkan 12 kategori utama merangkumi bidang hiburan, muzik, drama serta dunia digital.
Berikut merupakan senarai pemenang GMWA25:
• Program Digital Tergempak 2025 – Jihaa Sham (Safwan Nazri Podcast)
- Digital Creator (Sports) Tergempak 2025 – Hakim Nanyan
- Digital Creator (Entertainment) Tergempak 2025 – Christy Ng
- Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak 2025 – Sir Badang
- Digital Creator (Foodie) Tergempak 2025 – Jason
- Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak 2025 – Nigel Sparks
- Digital Creator (Lifestyle) Tergempak 2025 – Wani Faizun
- Hos Program Digital Tergempak 2025 - Amelia Henderson
- Video Muzik Tergempak 2025 – P Ramlee Saloma (ALPHA)
- Lagu Era Tergempak 2025 - Mona Lisa (Bang Bang)
- Drama Tergempak 2025 – Thariq Ridzuwan: His Treasure
- Selebriti Tergempak 2025 – Meerqeen
- Penerima Anugerah Gempak Most Wanted 2025 - Meerqeen
Keputusan akan dikemaskini secara langsung sebaik sahaja diumumkan di pentas utama.
[Artikel ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Keputusan lanjut akan menyusul]
Untuk info, GMWA kali ini membawa format baharu iaitu 50 peratus undian peminat dan 50 peratus lagi undian daripada juri profesional.
Edisi kali ini juga tiada lagi dua fasa undian seperti edisi terdahulu sebaliknya calon-calon Top 10 akan terus bertanding.