Platform hiburan digital No.1, Astro Gempak sekali lagi menghangatkan industri hiburan tanah air dengan menampilkan anugerah berprestij, Gempak Most Wanted Awards 2025 (GMWA2025).
Memasuki edisi keempat, penganjuran GMWA2025 tampil dengan sedikit kelainan apabila memperkenalkan senarai Top 10 calon yang disenarai pendek daripada 12 kategori utama merangkumi Digital Creator Foodie Tergempak, Digital Creator Fashion & Beauty Tergempak, Digital Creator Entertainment Tergempak, Digital Creator Motivation & Education Tergempak, Selebriti Tergempak dan Program Digital Tergempak.
Senarai Top 10 GMWA2025 diumumkan secara rasmi pada 14 Januari 2026 dan fasa undian akan dibuka kepada orang ramai bermula 15 Januari hingga 15 Februari 2026.
Lebih menarik, GMWA kali ini juga membawa format baharu iaitu 50 peratus undian peminat dan 50 peratus lagi undian daripada juri profesional.
Edisi kali ini juga tiada lagi dua fasa undian seperti edisi terdahulu sebaliknya calon-calon Top 10 akan terus bertanding sehingga ke Malam Kemuncak GMWA2025.
Seiring dengan evolusi landskap digital dan citarasa penonton, GMWA2025 turut melakukan penjenamaan semula beberapa kategori antaranya Digital Creator Sports Tergempak dan Lagu ERA Tergempak.
Dalam masa sama, satu kategori baharu turut diperkenalkan iaitu Hos Program Digital Tergempak, sebagai pengiktirafan terhadap peranan hos digital yang semakin dominan dalam menarik audiens dan membentuk kandungan berkualiti di platform digital.
Berikut merupakan calon TOP 10 bagi setiap kategori:











Sebanyak 50 kredit undian diberikan bagi setiap kategori sehari.
Jangan lupa layari www.gempakmostwantedawards.com untuk mengundi calon kegemaran anda.