Skip to main content

Hiburan

David Teo Bagi ‘Hint’, Bakal Gandingkan Uqasha Senrose & Aliff Aziz Dalam Drama Baharu? - “Hero Heroin La Ek…”

Qasha

Sekilas

  • Penerbit David Teo berkongsi foto bersama Uqasha Senrose dan Aliff Aziz sebagai teraju utama drama terbaru berjudul 'Madu atau Racun' yang akan ditayangkan di iQiyi.
  • Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang terkejut dengan gandingan pelakon itu dalam drama tersebut.
  • Ramai pengguna media sosial menyatakan tidak berminat untuk menonton drama itu jika ia benar-benar diterbitkan dengan pelakon berkenaan.

Penerbit, David Teo menyorot perhatian netizen selepas berkongsi foto bersama pelakon, Uqasha Senrose dan Aliff Aziz.

Menerusi perkongsian di Instagram, David memberi banyangan dimana kedua-dua pelakon itu bakal menjadi teraju utama dalam drama terbaharu terbitan syarikatnya.

“Hero heroin la Ek ?!. Yang Manis Itu Madu yang pahit itu racun, Exclusive di iQiyi, drama Madu atau Racun,” tulisnya.

Perkongsian itu pantas mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa terkejut dengan gandingan yang dicadangkan itu.

Malah, tidak kurang juga yang secara terbuka menyatakan pendirian mereka untuk tidak menonton drama berkenaan sekiranya ia benar-benar direalisasikan.

“Terima kasih satukan diaorang. At least senang nak pilih drama yang tak nak tengok.

“Tak nak tengok😂.

“Alhamdulillah, bertambah semngat xnk tgk drama Melayu.

“Kenapa mesti dorang ni??? tak ada org lain ke??? Dua² mental.

“Maaf tak nonton sebab ada Uqasha, hilang minat sudah,” komen netizen.  

Must-Watch Video

Advertisement