Skip to main content

Selebriti

Gegar Vaganza 12: Lagu Bahasa Asing Tak Senang, Ramli MS Puji Shae Paling Banyak Peningkatan! - “Dia Orang Yang Terbuka, Nak Belajar & Cepat Belajar”

Tok Ram puji Shae

Sekilas

  • Ketua juri GV12, Datuk Ramli MS, memuji peningkatan ketara dan sikap cepat belajar Shae dalam beberapa minggu terakhir.
  • Shae tersingkir pada minggu separuh akhir dengan markah 65.00%, manakala Iskandar Ismail menduduki tempat pertama dengan 77.75%.
  • Gegar Vaganza 12 masih mengekalkan barisan juri dan pengacara, bersiaran langsung setiap Ahad di Astro Ria dan boleh distrim di Astro GO serta sooka.

Ketua juri Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Ramli MS memuji memuji usaha dan peningkatan ketara yang ditunjukkan oleh bintang GV iaitu Shae, terutamanya sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Malah Ramli juga memuji sikap Shae yang sentiasa tidak putus asa, mahu belajar dan cepat menerima tunjuk ajar.

“Yang cepat improve last minit adalah Shae, tapi dia jumpa cikgu yang salah dulu, dia suka menggunakan nasal voice, jadi bila dah hampir lima tahun, tabiat itu susah nak ubah.

“Saya rasa dua tiga minggu ini dia sangat banyak improve dan belajar dengan cepat. Dia orang adalah orang yang terbuka, orang yang nak belajar dan cepat belajar.

“Untuk persembahan lagu Rosalinda itu saya suka bahagian depan yang mula mula dia masuk. Itu memang cantik, tapi bila dah di bahagian belakang ada banyak kesilapan,” jelasnya.

Ramli berkata demikian ketika ditemui selepas berakhirnya konsert separuh akhir GV12 bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.

Tambah Ramli lagi, kesemua bintang GV12 menunjukkan komitmen yang tinggi dan bekerja keras untuk memberikan persembahan terbaik walaupun berdepan dengan cabaran menyampaikan lagu dalam bahasa asing.

“Masa sesi latihan saya tidak boleh teka siapa, jadi bila persembahan secara langsung sudah pasti akan ada rasa gementar.

“Mereka semua bekerja keras, saya sangat gembira dengan mereka dan lagu lagu yang mereka pilih itu bukan senang, bahasa asing,” ujarnya.

Terdahulu, minggu separuh akhir menyaksikan Shae diumumkan sebagai bintang yang tersingkir dengan markah 65.00 peratus.

Manakala Iskandar Ismail pula berjaya mendapat kedudukan pertama untuk minggu ini dengan markah sebanyak 77.75 peratus.

Selain Iskandar, lima bintang lain yang berjaya ke pentas akhir adalah Mark Adam, Mendua, Mell Sakura, Nubhan dan Ruri Repvblik.

Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.

Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

Gegar Vaganza 12 bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).

GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka.  Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.

Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan.

Layari www.astro.com.myatau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.

 

Must-Watch Video

Advertisement