Bintang Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Elaine Kang akui kehadirannya dalam pertandingan nyanyian popular itu bukanlah demi mengejar kemenangan sebaliknya kerana ingin mengubati kerinduan peminat yang sudah lama tidak melihatnya membuat persembahan di pentas.
Menurut Elaine, ramai yang sering bertanya mengenai kehilangannya dalam industri seni serta keadaan kesihatannya, justeru GV12 menjadi ruang terbaik untuk dirinya kembali beraksi.
“Saya tak nak menang sebab banyak kawan-kawan dan peminat rindu untuk lihat saya buat persembahan. Ada yang bertanya mana saya menghilang, bagaimana kesihatan saya jadi sebab itu saya masuk pertandingan ini untuk memberitahu yang saya masih ada dalam industri,” katanya kepada Gempak.
Dalam masa sama, penyanyi berpengalaman itu turut menegaskan bahawa sekiranya rezeki berpihak kepadanya hadiah kemenangan tersebut tidak akan digunakan untuk kepentingan peribadi.
“Kalau ada rezeki untuk saya menang, saya tak akan ambil duit itu. Saya akan derma untuk buat kebajikan. Mungkin berikan kepada anak-anak yatim atau apa-apa sahaja untuk industri,” tambahnya.
Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.
Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.
Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).
GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.
Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.