Skip to main content

Hiburan

Gara-Gara Makan Ubat Kurus, Pelawak Wanita Tercir*t Atas Pentas

Choo

Pelawak dan penyanyi Margaret Cho berkongsi tentang pengalaman memalukan yang pernah terjadi kepadanya gara-gara pengambilan ubat kurus.

Menerusi temu bual dalam sebuah podcast dari episod How to Fail, Cho mengaku pernah tercirit di atas pentas kerana mengambil salah satu jenis ubat kurus yang mengandungi dadah.

“Saya mula mengambil pelbagai jenis ubat kurus yang mengandungi dadah dalam usaha menurunkan berat badan.

“Salah satunya akan membuat anda lawas membuang air atau terkena cirit-birit dalam usaha membuang lemak daripada makanan yang diambil.

“Jadi ada peristiwa saya mengambil ubat kurus dan naik ke pentas dengan memakai pakaian putih. Waktu itu perut saya memulas dan saya fikir hanya akan kentut.

“Malangnya saya tercirit. Ada cecair warna jingga seperti minyak keluar yang merupakan kesan daripada pengambil sejenis ubat kurus yang mengasingkan lemak daripada makanan.

“Saya tidak boleh menahannya. Dan insiden itu sangat memalukan kerana warna jingga itu membekas di pakaian putih saya,” ujar Cho panjang lebar.

Cho, 57, mengaku menangis sepanjang memandu pulang kerana kesal insiden tersebut berlaku di khalayak umum.


“Saya menangis sewaktu memandu pulang dan rasa ia sangat jijik. Tapi kemudian apabila melihat kesan jingga itu turut melekat di kerusi, saya ketawa,” katanya.

Bintang yang terkenal dengan siri All-American Girl itu kemudian berhenti mengambil ubat kurus atas nasihat pakar.

Must-Watch Video

Advertisement