Skip to main content

Hiburan

Gangguan Di Sekolah Buat Adik Athalia Hilang Fokus & ‘Anxiety’ - “Pernah Sampai Tahap Yang Melampau…”

Astrogempak ATHILIA

Sekilas

  • Athalia Deena mendedahkan adiknya, Ariana Deena, mengalami serangan panik dan anxiety akibat gangguan serta sindiran seorang guru di sekolah lama mereka.
  • Guru tersebut didakwa memantau kehidupan peribadi keluarga mereka di media sosial dan menggunakan maklumat itu untuk memperli Ariana di depan kelas.
  • Keluarga mengambil keputusan memindahkan Ariana ke sekolah baru, di mana dia kembali cemerlang dalam akademik dan bebas dari anxiety.

Penyanyi, Athalia Deena mengakui adiknya, Ariana Deena melalui satu pengalaman buruk sewaktu bergelar pelajar di sebuah sekolah.

Menurut Athalia, atau nama lengkapnya Athalia Deena Baswani, 23, Ariana merupakan seorang yang sangat bagus dalam akademik, namun gangguan yang diterima oleh adiknya di sekolah membuatkan dia kerap mengalami serangan panik.

“Adik perempuan saya itu kalau bahagian akademik memang dialah orangnya dalam keluarga kami, tapi bila dekat sekolah, dia tak dapat fokus dan berubah menjadi seorang yang tiba-tiba ada anxiety bila balik dari sekolah. Kadang-kadang dia tidak mahu ke sekolah,” katanya kepada Gempak.
 

Mengulas lanjut, Athalia turut mendedahkan tindakan melampau seorang guru yang didakwa melanggar batas profesional apabila difahamkan memantau kehidupan peribadi keluarganya di media sosial dan menjadikan ia bahan sindiran di dalam kelas.
 

Menurut Athalia, situasi itu memberi kesan emosi yang sangat mendalam kepada Ariana sehingga ibunya, Sharifah Zarina terpaksa mengambil keputusan untuk memindahkan adik-adiknya ke sekolah yang lain.
 

“Pernah sampai tahap yang melampau, adik saya tak pergi ke sekolah, tapi cikgu itu akan stalk Instagram kami dan mama. Esoknya di sekolah dia akan perli adik saya di depan kelas. Sangat toksik, jadi mama ambil keputusan untuk cari sekolah lain dan pindahkan kedua-dua adik saya. 
 

‘Bila sudah pindah ke sekolah yang baharu, terus okay, malah dia nampak lebih baik di situ. Akademik makin baik, dia pun sudah tak ada anxiety dan gembira,” tambahnya.
 

Atalia berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri FYP anjuran Indigitals di LMP Events Hall, Damansara, pada Khamis.


Terdahulu, Sharifah Zarina meluahkan rasa syukur dan gembira apabila anak keduanya itu memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan meraih 8A.

Dalam pada itu, Ariana juga berkongsi pengalaman pahit ketika di bangku sekolah apabila dia dipandang rendah oleh seorang guru.

Anda mungkin berminat dengan

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

Must-Watch Video

Advertisement