Skip to main content

Hiburan

Full House! Shanjey Kumar Perumal Terkejut Tengok Sambutan Macai Di Luar Negara - “Kami Tergamam Dengan Reaksi…”

Macai

Pengarah filem Macai, Shanjey Kumar Perumal berkongsi pengalaman manis apabila karya terbaharunya itu menerima sambutan luar biasa di beberapa festival filem antarabangsa, termasuk Festival Filem Rotterdam.

Menurut Shanjey, Macai telah dihantar ke empat festival filem luar negara setakat ini namun sambutan di Rotterdam benar-benar membuka mata seluruh pasukan produksi.

Katanya, pihak festival menyediakan dewan IMAX berkapasiti 700 penonton untuk tayangan Macai dan tidak menyangka kesemuanya penuh.

“Di Rotterdam, kami berada dalam kategori pertandingan utama mereka, Big Screen Competition. Ada lebih 400 filem dari seluruh dunia, tetapi hanya 14 sahaja dipilih untuk bertanding dan Macai adalah salah satunya.

“Kita dapat hall IMAX besar, 700 orang boleh muat, dan seluruh program itu full house. Saya dan pasukan pun tak percaya, siap tertanya-tanya betul ke ini hall Macai. Bila tengok penonton boleh gelak, boleh rasa sedih, boleh rasa kagum, kami memang tergamam dengan reaksi yang diberikan,” katanya kepada Gempak. 

Mengulas mengenai jalan cerita, Shanjey menjelaskan ramai penonton sebelum ini meminta sambungan kepada filem kultus Jagat.

Namun menurutnya, Macai dipilih untuk bergerak dalam hala tuju berbeza walaupun masih mengangkat isu sosial.

"Sebenarnya selepas filem Jagat ramai yang minta untuk saya buat sambungan tapi kalau saya buat Jagat 2 atau 3 dia lebih berlatar belakangakan tahun 90-an jadi saya ambil isu yang berlaku sekarang iaitu pengambilan dan pengedaran dadah yang berleluasa dalam masyarakat Malaysia. 


"Jadi saya nak ambil isu itu tapi saya tak mahu sama dengan filem Jagat saya guna isu tersebut tapi gunakan cara penyampaian yang berbeza," tambahnya.

Filem Macai dibintangi Karnan G. Crack, Kuben Mahadevan, Irfan Zaini, Fabian Loo, dan Susan Lankester.

Must-Watch Video

Advertisement