Sekilas
- Billboard filem Papa Zola The Movie muncul di lebuh raya utama dengan karakter yang seolah-olah mengajak orang ramai menonton secara halus.
- Filem animasi ini mengisahkan Papa Zola, seorang guru, dan anak perempuannya, Pipi, dalam pengembaraan penuh cabaran dan kasih sayang.
- Filem ini akan ditayangkan mulai 11 Disember dan sesuai untuk peminat francais animasi seperti BoboiBoy dan Mechamato.
Peminat filem animasi dikejutkan dengan kemunculan billboard bagi filem Papa Zola The Movie yang mencuri perhatian di lebuh raya utama.
Tiada sebarang visual mahupun ‘gimmick’ pelik, billboard terbaharu itu tampil dengan beberapa karakter terpampang di beberapa lebuh raya beserta dengan tagline ringkas yang pastinya akan membuatkan ramai pemandu yang tersengih melihatnya.
Apa yang menjadikan billboard tersebut lebih menarik ialah karakter-karakter tersebut seakan sedang ‘menegur’ serta mengajak orang ramai untuk menonton filem animasi tersebut secara ‘halus’.
Meskipun ringkas, ada yang merasakan billboard ini berjaya mempromosi dan mengajak orang ramai untuk menonton filem Papa Zola The Movie yang bakal ditayangkan pada 11 Disember depan.
Sinopsis:
Filem ‘Papa Zola The Movie’ mengisahkan Papa Zola, seorang guru sekolah dan anak perempuannya yang berbakat, Pipi dalam menjalani pengembaraan kecil yang semakin meningkat dan mencabar.
Eksperimen mereka mempamerkan hubungan kasih sayang mereka dan kecerdasan Pipi, sambil mereka mengharungi situasi aneh bersama-sama.
Buat para peminat francais animasi BoboiBoy dan Mechamato, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tiket dan tonton Papa Zola The Movie di pawagam berdekatan anda bermula 11 Disember ini.