Skip to main content

Hiburan

Fauziah Sarman Dedah Suami Ajak Nikah Sebulan Selepas Kenal - "Kalau Tak Lagi Awal Kami Kahwin Sebenarnya"

Ibu Shila Amzah

Ibu kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman berkongsi detik perkenalan dengan suami baharunya, Brigedier General Tuan Zainal Abidin Muhammad Saleh.

Menurut Fauziah yang lebih mesra Mama Zie, mereka mula berkenalan pada awal Jun sebelum Zainal menyuarakan hasrat untuk menikahinya sebulan selepas itu.

“Pertemuan kami sebenarnya diaturkan Serina Redzuan di mana kami berjumpa dan berkenalan pada 2 Jun lalu.

“Selepas sebulan berkenalan, terus Tuan Zainal ajak kahwin. Macam kita sendiri pun tak percaya. Sebab macam tiba-tiba kena ajak kahwin.

“Sepatutnya kami kahwin lebih awal tetapi ada sedikit masalah. Itu yang tunda sampailah ke Sabtu lepas. Kalau tak, lagi awal kami kahwin sebenarnya,” katanya kepada Gempak.

Fauziah berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis pelancaran album terbaharu Shila Amzah, SA25, di DPAC, Damansara pada Selasa.

Sementara itu, Fauziah tidak menganggap pilihannya untuk mendirikan rumah tangga sebagai keputusan yang drastik.

Ujar Fauziah, peluang ini dapat digunakan untuk mereka mengenali hati budi masing-masing.

“Kalau kita nak kenal orang sebenarnya, lama mana kita hidup dengan dia pun sebenarnya kita tak kenal pun dia macam mana kan.

“Pada saya,biarlah kita sama-sama menerima segala kebaikan dan kekurangan.  Untuk melayari rumah tangga, itulah kuncinya,” kongsinya.

Sekadar info, Fauziah pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan pelakon ND Lala pada tahun 1989. Namun, pasangan itu mengambil keputusan untuk bercerai selepas 34 tahun hidup bersama.

Menerusi perkongsian dimuat naik di Instagram, Fauziah memberitahu bahawa lafaz cerai dilakukan suaminya pada 2 Ogos 2023 lalu di sebuah masjid.

Fauziah kemudiannya mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama jejaka pilihannya, Zainal Abidin pada 22 November lalu.

Must-Watch Video

Advertisement