Skip to main content

Hiburan

Farihin Arnia Titip Pesan Buat Anak Muda Yang Ingin Jadi ‘Influencer’ & Pelakon - “Jangan Pernah Menyerah, Tak Cuba Tak Tahu”

Farihin Arnia

Sekilas

  • Farihin Arnia nasihatkan golongan muda yang berminat dalam lakonan dan penciptaan kandungan supaya tidak mudah putus asa dan terus berusaha mencapai impian mereka.
  • Beliau tekankan pentingnya pendidikan dan menjaga adab walaupun menceburi bidang hiburan serta sentiasa belajar dari mereka yang berpengalaman.
  • Drama Kelas Belakang lakonan Farihin kini mendapat sambutan hangat dan menjadi bualan ramai di media sosial.

Pempengaruh media sosial dan pelakon meningkat naik, Farihin Arnia menitipkan nasihat buat golongan muda yang menanam impian untuk menceburkan diri dalam bidang lakonan serta bidang penciptaan kandungan.

Menurut Farihin, mereka perlu mempunyai semangat yang kuat serta tidak mudah putus asa sekiranya mahu mencuba diri dalam bidang ini.

“Pada pendapat saya, sesiapa yang nak menceburi bidang ‘content creating’ atau lakonan ialah jangan pernah menyerah, teruskan usaha dan impian.

“Ingatlah bahawa rezeki itu ada di mana-mana. Kalau kita tak cuba, kita tak akan tahu sejauh mana kemampuan kita,” katanya kepada Gempak.

Dalam masa yang sama, anak jati Sabah ini menegaskan bahawa pendidikan tidak wajar diketepikan meskipun mereka mahu menceburkan diri dalam bidang hiburan.

“Tetapi apa yang penting juga ialah, jangan sesekali tinggalkan pelajaran dan sentiasa jaga adab.

“Kita juga perlu sentiasa mencari ilmu dan belajar dengan mereka yang berpengalaman supaya dapat perbaiki mutu lakonan kita.

“Jangan pernah menyerah untuk capai apa yang korang inginkan. Insya-Allah akan ada sinarnya nanti,” katanya lagi.

Sekadar info, drama Kelas Belakang lakonan Farihin ketika ini menerima sambutan yang memberangsangkan dan menjadi bualan ramai di media sosial.

Selain Farihin, drama yang diarahkan oleh Nurhanisham Muhammad (Labu) itu turut menampilkan barisan pelakon muda seperti Amylia Aidura, Zairi Aziz, Areef Amran, Faha Azhar, Ryliana Azizan, Arfie Shah dan Myra Afrina.

Anda mungkin berminat dengan

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

(Refine by Lovito) Glamorous Top Floral Smocked Summer Tank Top for Women LR2ED054 (Refine by Lovito) Te Roonga Puawai Puawai Puawai Puawai Puawai Tank Top mo nga Wahine LR2ED054

(Refine by Lovito) Glamorous Top Floral Smocked Summer Tank Top for Women LR2ED054 (Refine by Lovito) Te Roonga Puawai Puawai Puawai Puawai Puawai Tank Top mo nga Wahine LR2ED054

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

New Style Seaside Holiday Style Flower Hairpin Atmosphere Hibiscus Flower Bangs Clip for Women

New Style Seaside Holiday Style Flower Hairpin Atmosphere Hibiscus Flower Bangs Clip for Women

MU BAJU PAGODA T-SHIRT 406#/PAGODA T-SHIRT BUTTON 402#/PAGODA SINGLET 401#/PAGODA ZIP POCKET HAJI 408#/CHUNG KAI

MU BAJU PAGODA T-SHIRT 406#/PAGODA T-SHIRT BUTTON 402#/PAGODA SINGLET 401#/PAGODA ZIP POCKET HAJI 408#/CHUNG KAI

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Must Watch Video

Advertisement