Skip to main content

Hiburan

Fad Bocey Kenang Pemergian Arwah Abam - “6 Tahun Dah Kau Tinggalkan Kami, Sahabat”

Fad Bocey

Sekilas

  • Fad, anggota kumpulan Bocey, berkongsi video dan foto kenangan bersama arwah Abam Bocey sempena ulang tahun pemergiannya yang ke-6.
  • Dalam perkongsian itu, Fad meluahkan rasa rindu dan mengenang kembali perbualan terakhir mereka sebelum Abam meninggal dunia.
  • Netizen turut memberi ucapan takziah dan mendoakan agar roh Abam dicucuri rahmat selepas pemergiannya pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Tanggal 10 Februari 2020 merupakan tarikh di mana industri lawak tanah air dikejutkan dengan pemergian pelawak, Allahyarham Abam Bocey.

Terbaharu, rakannya yang juga anggota kumpulan Bocey iaitu Fad menyorot perhatian apabila berkongsi hantaran penuh emosi mengenangkan pemergian sahabatnya itu pada enam tahun lalu.

Menerusi Threads, Fad dilihat memuat naik rakaman video perbualannya bersama Abam dan seorang lagi anggota kumpulan Bocey iaitu Achey.

“Weh kita gerak naik kapal terbang kan?,” tanya Abam.

“Ye betul kita naik kapal terbang Sabtu pagi,” jawab Achey.

“Haah kita gerak Sabtu pagi jadi Jumaat malam tu bolehlah kita jumpa,” tambah Fad.

Menerusi perkongsian yang sama, Fad yang memuat naik foto sewaktu arwah Abam disembahyangkan sempat menulis kapsyen memberi bayangan betapa rindunya dia akan sahabat baiknya itu.

“Enam tahun dah kau tinggalkan kami sahabat,” tulis Fad.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa rindu terhadap Abam dan mendoakan agar roh pelawak itu dicucuri rahmat.

Sekadar info, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan menghembuskan nafas terakhir pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

Must-Watch Video

Advertisement