Skip to main content

Hiburan

Ernie Zakri Sokong Kenyataan Anzalna Mengenai Suami ‘Provider’ - “Dalam Islam Memang…”

Ernie Zakri

Penyanyi, Ernie Zakri bersetuju dengan kenyataan pelakon Anzalna Nasir mengenai tanggungjawab seorang suami sebagai provider dalam rumah tangga.

Menurut Ernie, kenyataan itu tidak perlu dipertikaikan kerana dalam Islam sendiri, kedudukan suami sememangnya tinggi sebagai pelindung dan penyedia untuk keluarga.

“Saya suka kenyataan sister saya Anzalna. Pada saya tidak perlu dibahaskan kerana dalam Islam itu sendiri memang meletakkan suami itu di tempat yang tertinggi sebagai provider. 

“Kadang-kadang ada yang salah faham kerana fikir provider ini adalah dari segi wang semata-mata tapi sebenarnya pada saya provide dari segala sudut iaitu kasih sayang, perhatian malah bila mereka tanya apa yang kita nak pun sudah cukup memadai. Anda tahu apa yang isteri anda mahukan. 

“Ada yang mampu memberikan lebih kepada isteri go for it, ada yang secukupnya Alhamdulillah dan pada saya tidak perlu dibahaskan ataupun nak dipertikaikan kenyataan Anzalna kerana it's the right thing to do. Lebih kita gembirakan isteri kita lebih murah lah rezeki kita. Lagi kita monyokkan isteri kita you know Allah akan balas sesuatu,” katanya kepada Gempak. 

Dalam pada itu, Ernie turut menyatakan pendapat bahawa setiap suami mempunyai kemampuan berbeza dan tidak wajar dibandingkan antara satu sama lain.

Oleh itu, para isteri harus bersikap realistik dalam meletakkan harapan terhadap kemampuan suami masing-masing.

“Soal provider itu pada sayalah, my humble opinion itu adalah benar Alhamdulillah. Tapi apa yang suami anda mampu berikan you know. Janganlah tiba-tiba besok nak ada KLCC di dalam rumah anda. KLCC boneka itu yang kecil itu mungkin suami anda mampu kan. Janganlah yang bukan-bukan.
 

“Asalkan tidak membawa kepada kemudaratan dalam rumah tangga. Because sometimes saya faham juga ada juga isteri-isteri yang kurang memahami yang merasakan mereka. 

“Oh, I deserve so much better, ada yang complain all the time kan. But you know, at the end of the day perlu ada persefahaman antara mereka,” ujarnya lagi. 

Terdahulu, pelakon, Anzalna Nasir menekankan bahawa impian setiap wanita yang bergelar isteri adalah untuk memiliki suami yang mampu menyediakan segala keperluan keluarga.

Advertisement

Menurut Anzalna, tidak semua lelaki benar-benar memahami amanah besar tersebut, justeru isteri juga perlu memainkan peranan dengan mengingatkan suami secara berhemah.


Anzalna mencuri perhatian apabila suaminya, Hanif Zaki secara terbuka mengakui kos perbelanjaan isterinya boleh mencecah jumlah tinggi bergantung kepada bulan tertentu.

Pengakuan jujur itu mencetus reaksi pelbagai dalam kalangan netizen yang rata-rata kagum dengan keikhlasan dan keserasian pasangan tersebut.

Pasangan itu turut digelar ‘masuk air’ kerana sering mengusik antara satu sama lain, sekali gus mencerminkan hubungan rumah tangga yang harmoni dan saling memahami.

Must-Watch Video

Advertisement