Skip to main content

Hiburan

Erma Fatima Respon Dakwaan Dialog Panas Dalam Drama Walid - “Di Mana Murtadnya? Saya & Pelakon Tidak Iktikad Dengan Dialog Tersebut”

Erma Fatima

Sekilas

  • Erma Fatima menjelaskan dialog kontroversi dalam drama Walid bukan bermaksud menyamakan manusia dengan Tuhan atau menunjukkan kepercayaan peribadi.
  • Dia menegaskan skrip ditulis selepas rujukan kepada pakar dan bertujuan mendedahkan golongan yang menyalahgunakan agama, bukan menghina agama itu sendiri.
  • Erma berharap masyarakat dapat bezakan antara menghina agama dan mendedahkan penyelewengan agama, serta menghargai usaha seni memberi kesedaran.

Pengarah dan penerbit, Erma Fatima tampil memberikan penjelasan susulan kontroversi melibatkan dialog dalam drama arahannya, Walid yang kini hangat diperkatakan di media sosial.

Menurut Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, skrip yang ditulis tidak mempunyai kaitan dengan kepercayaan peribadi bahkan sama sekali bukan bertujuan untuk menyamakan manusia dengan Tuhan.

“Di mana murtadnya? Sama ada skrip mahupun pelakon yg melafazkan kata-kata itu.

“Adakah kata-kata itu kami maksudkannya dan percaya dengan lafaz itu? Yang penting skrip itu ditulis bukan kerana saya percaya lafaz itu dan bukan juga untuk menyamakan manusia dgn Allah.

“Semata mata untuk memberitahu inilah ilmu yang dikerja oleh mereka-mereka yang taksub pada guru sesat.

“Saya tidak iktikad (kepercayaan atau keyakinan dalam hati berkait rukun iman) dengan ayat tersebut begitu juga pelakon yg melafazkannya,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Tambah Erma, setiap penulisan skrip yang dihasilkan juga tidak dibuat secara semberono, sebaliknya dirujuk kepada pihak yang lebih arif.

“Saya akan refer kepada orang yang mahir sekiranya saya tidak mahir dalam sesuatu bidang sebelum menulis. Bukan sahaja agama,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Erma berpendapat bahawa masyarakat perlu belajar membezakan antara menghina agama dan mendedahkan perbuatan manusia yang menyalahgunakan agama.

“Tengok drama pun tidak. Baru satu klip sudah melatah.

“Islam itu indah, Islam tidak pernah menyesatkan manusia. Tetapi manusia yang menggunakan agama untuk menyesatkan orang lain, itu yang perlu dibanteras.

“Dengan adanya karya seperti ini, ramai mangsa berani tampil dan ramai penunggang agama mula takut untuk dibongkar,” katanya lagi.

Mengakhiri perbualan, Erma mengakui dirinya hanyalah insan seni yang tidak sempurna, namun akan sentiasa berusaha dalam memberi kesedaran kepada masyarakat.

Terdahulu, tular di Threads tangkap layar memaparkan dialog yang didakwa dilontarkan pelakon, Aqasha dalam drama Walid yang berbunyi, ‘Aku adalah Allah dan Allah adalah aku’.

Hantaran itu kemudiannya menyorot perhatian sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet.

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

Must-Watch Video

Advertisement