Sekilas
- Banglo milik pempengaruh Nur Sajat berjaya dijual pada harga RM3.73 juta selepas empat pembida bertarung.
- Ejen hartanah Ishaq Marazi mengesahkan jualan itu melalui hantaran di Facebook tetapi identiti pembeli tidak didedahkan.
- Proses lelongan sebelum ini pada Jun tahun lalu gagal menemui pembeli walaupun harga bermula RM3.411 juta.
Banglo milik pempengaruh dan usahawan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat akhirnya berjaya dijual pada Isnin.
Berita itu dikongsikan seorang ejen hartanah bernama Ishaq Marazi menerusi satu hantaran yang dibuat di Facebook.
Perjelas Ishaq, terdapat empat pembida telah bertarung untuk membeli banglo tersebut dengan harga tawaran bermula RM3 juta.
Banglo tersebut kemudiannya berjaya dilelong dengan harga RM3.73 juta.
“Empat orang pembida berentap dan berjaya dijual dengan RM3.73 juta,” kongsinya.
Walau bagaimanapun, identiti pembeli banglo tidak didedahkan Ishaq.
Sekadar info, kali terakhir proses lelongan baglo tersebut diadakan adalah pada Jun tahun lalu dengan harga RM3.411 juta namun gagal untuk menemukan pembeli.

Sumber: Facebook Ishaq Mazari