Skip to main content

Hiburan

Duet ‘Power’ Siti Nurhaliza & Aina Abdul Buat Ramai Jatuh Cinta - "Sedap Betul Nyanyi..."

Siti Nurhaliza

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan rasa teruja terhadap persembahan duetnya bersama penyanyi Aina Abdul menerusi lagu Kumbang Bunga.

Menerusi satu hantaran di Threads, Siti turut memuji nyanyian Aina Abdul sewaktu tampil bersamanya di pentas Aku Cinta Padamu Siti Nurhaliza 30 Tahun.

“Suka sangat ni!!! Terima kasih dik, nyanyi sedap betul Aina Abdul,” tulisnya ringkas.

Perkongsian tersebut sekaligus mengundang pelbagai reaksi daripada peminat yang turut sama terpesona dengan gabungan suara dua penyanyi hebat itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji paduan vokal Siti dan Aina yang disifatkan saling melengkapi.

"Dah berkali ulang repeat sdapnya suara tokti dan aina abdul. Dengar guna earphone eargasm tau.

"Aina mmg suka gerakkan badan ikot tempooo music... hahahahahha...sedap nyeee dua2 nyanyiii. 

“Music orkestra tu power sangat tokti. Kena pulak dengan suara tokti & aina fuhhhh .

“Suka dengar duet ni tadi. Saling melengkapi.

“Seblum ni,x prnh dngr lgu kumbang Bunga ni,tp mlm td,baru kenal lgunye,dn terus jatuh cinta dgn paduan suara, DSSN N AA “Best nya duet Tokti &AA.

“Harap one day ada lagu duet Aina Abdul dan Datuk Seri Siti Nurhaliza,” komen netizen.

Terdahulu, Aina Abdul tampil sebagai penyanyi jemputan bagi meraikan tiga dekad kegemilangan Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi konsert Aku Cinta Padamu Siti Nurhaliza 30 Tahun.

Selain Aina, turut sama-sama meriahkan konsert tersebut Kmy Kmo & Luca Sicta.

Anda mungkin berminat dengan

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Must-Watch Video

Advertisement