Skip to main content

Hollywood

Dua Lipa Pecat Pengurus Kerana Tak Sokong Palestin

dualipa

Penyanyi Dua Lipa mengambil tindakan berani dan sangat ‘berperikemanusiaan’ apabila memecat pengurusnya, David Levy selepas mendapati lelaki itu tidak menyokong Palestin.

Dua Lipa diketahui sebagai selebriti yang memberi soladiriti terhadap Palestin dan mengutuk tindakan kejam Isreal melakukan pembunuhan ke atas penduduk negara tersebut.

Advertisement

Lalu apabila mendapati Levy adalah orang pertama yang menurunkan tanda tangan pada surat untuk melarang grup hip hop Kneecap tampil di festival muzik Glastonbury pada Julai lalu, pelantun Cold Heart itu  terus memecat pengurusnya.

“Dua Lipa melihat pemahaman mereka tidak selari. Dua Lipa sangat pro Palestin. Dia melihat Levy sebagai penyokong Israel dan perang di Gaza yang telah membuat rakyat Palestin menderita.

“Jadi selepas mendapati lelaki itu tahu Levy menandatangi surat tersebut kepada penganjur, Michael Eavis, dia terus memecat pengurusnya,” ujar satu sumber kepada The Mail.

Tindakan Levy menanda tangan surat sokongan itu diketahui selepas ada pihak yang membocorkan ‘rahsia’ tersebut sehingga tersebar kepada umum.

Kneecap yang merupakan grup hip hop dari Ireland cuba dihalang tampil di festival Glastonbury selepas didakwa mengibarkan bendera Hezbollah dan Hamas sewaktu membuat persembahan di United Kingdom. Mereka bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Kneecap malah diharamkan oleh kerajaan Kanada untuk melakukan persembahan di negara itu dan telah menuai banyak perdebatan.

Must-Watch Video

Advertisement