Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bukan hanya mengecam tetapi turut mengancam membawa hos Grammy Awards 2026, Trevor Noah ke muka pengadilan kerana menjadi bahan jenaka di anugerah berprestij tersebut yang berlangsung pada 1 Februari lalu di Arena, Los Angeles.
Trump menyifatkan penganjuran Grammy Awards 2026 sebagai terburuk dan menegaskan Noah telah memberi fakta yang salah tentang dirinya.
"Grammy Awards adalah yang TERBURUK, hampir tidak boleh ditonton! Noah mengatakan,SECARA SALAH tentang saya, bahawa Donald Trump dan Bill Clinton pernah menghabiskan waktu di Pulau Epstein," cuit Trump di X seperti dilaporkan CNN.
Sebelumnya, Noah sempat berjenaka Trump dan Clinton pernah menghabiskan waktu di pulau kontroversi milik Jeffrey Epstein.
Sindiran dalam bentuk jenaka itu dibuah Noah sewaktu Billie Ellish diumumkan sebagai pemenang Song of the Year menerusi lagu Wildflower.
"Itu adalah Grammy yang diinginkan setiap artis hampir sama seperti Trump menginginkan Greenland, yang masuk akal kerana pulau Epstein sudah hilang. Dia memerlukan pulau baharu untuk bergaul dengan Bill Clinton,” ucap Noah dalam acara tersebut.
Lawak tersebut dibuat Noah selepas pihak berkuasa mendedahkan lebih tiga juta dokumen berkaitan jenayah termasuk seksual yang telah dilakukan Epstein sepanjang hidupnya yang antaranya tercatat nama dan foto Trump serta Clinton bersama lelaki sadis itu.