Skip to main content

Hiburan

Diugut Nak Bunuh Keluarga, Ezzanie Jasny Minta Individu Cipta Akaun ‘Fake’ Untuk Taubat - “Ingat Tuhan, Bawa-Bawalah Mengucap”

Ezzanie Jasny

Sekilas

  • Pelakon Ezzanie Jasny dedah mesej ugutan bunuh daripada akaun palsu yang menggunakan nama dan gambarnya.
  • Dia nasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dan tidak melayan akaun palsu yang menyebar kebencian serta maklumat palsu.
  • Ezzanie sudah buat laporan polis dan akan terus kemas kini pihak berkuasa jika gangguan berterusan.

Pelakon Ezzanie Jasny berkongsi paparan skrin mesej ugutan bunuh daripada akaun palsu yang menggunakan nama serta gambarnya.


 

Menerusi perkongsian di Threads, Ezzanie meminta semua orang tidak terpedaya dengan akaun tersebut yang hanya menyebarkan kebencian dan negativiti.


 

“Wow. Begitu sekali ya. Benda ni dah banyak kali jadi. Tak habis-habis duk cipta akaun guna nama dan gambar aku. Lepas itu duk post benda tak betul, join live orang, cuba sebarkan benci dan negativiti.


 

“Korang jangan tertipu, jangan engage, dan tak payah layan la ek. Setiap kali korang nampak akaun baru, follower sikit, atau likes pun tak banyak, dah boleh agak dah tu fake account,” kongsinya.


 

Pada perkongsian lain, Ezzanie meminta individu disebalik akaun palsu itu untuk bertaubat dan menggunakan masa serta tenaga yang ada untuk perkara yang lebih baik.


 

“Kepada individu yang melakukan ini, dah boleh muhasabah diri, ingat Tuhan, dan bawa-bawalah mengucap. Dah boleh berhenti kot.


 

“Gunakanlah masa dan tenaga untuk benda yang baik instead. Semoga awak dapatlah cinta hati yang sebenar. You want to be me is it? Aiyor. Please la,” katanya lagi.


 

Sebelum ini, Ezzanie Jasny sudah membuat laporan polis selepas menjadi mangsa gangguan oleh individu yang menyamar menggunakan akaun palsu di media sosial.


 

Akaun palsu tersebut meninggalkan komen tidak wajar dan menyebarkan maklumat palsu termasuk gambar serta ucapan takziah palsu terhadap ibu bapanya yang masih hidup.


 

Ezzanie berkongsi tangkapan layar mesej ugutan dari akaun palsu itu dan akan terus mengemas kini pihak berkuasa jika gangguan berterusan.

Anda mungkin berminat dengan

K12 Wireless Karaoke Speaker

K12 Wireless Karaoke Speaker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Digital LED Tasbih Counter

Digital LED Tasbih Counter

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Must-Watch Video

Advertisement