Sekilas
- Cik Epal menafikan dakwaan bahawa dia membayar Jason Review untuk ulasan positif tentang perniagaan pizzanya, Pizza Mendonia.
- Jason Review memberikan skor 8.7 dan memuji tekstur piza, pes tomato, serta penggunaan daging wagyu dalam ulasannya.
- Ciapan Cik Epal di Threads mendapat perhatian ramai yang terhibur dengan cara santainya menangkis fitnah tersebut.
Pempengaruh dan usahawan, Cik Epal meluahkan rasa lucu apabila ada pihak mendakwa dirinya telah membayar pempengaruh, Jason Review untuk memberikan ulasan yang baik buat perniagaan baharunya, Pizza Mendonia.
Menerusi ciapan di Threads, pemilik nama Murni Mahmud ini memaklumkan dakwaan yang dikeluarkan individu terbabit adalah fitnah semata-mata.
“Dia punya tak puas hati tu sampai fitnah aku bayar Jason ya? Macam-macam hal,” kongsinya.
Hantaran itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya terhibur dengan gaya santai Cik Epal.

Terdahulu, Jason memberikan ulasan yang positif kepada perniagaan pizza yang diusahakan Cik Epal.
Dalam video yang dimuat naik, Jason memuji tekstur piza, pes tomato serta penggunaan daging wagyu yang dikatakan menambah kelainan pada rasanya.
Jason turut memberikan markah 8.7 iaitu antara skor tertinggi pernah diberikan menerusi siri ulasannya sebelum ini.
Sumber: Threads Cik Epal