Skip to main content

Hiburan

Ditawarkan Watak Wanita Bahagia, Nur Nilam Ortiz Belum Sedia - “Entah Kenapa Rasa Macam Tak Kena Dengan Diri Aku Sekarang”

ASTROGEMPAK Nur Nilam

Sekilas

  • Nur Nilam Ortiz, isteri Azlan Komeng, telah lama meninggalkan dunia lakonan selepas berkahwin untuk fokus pada keluarga.
  • Walaupun menerima beberapa tawaran berlakon baru-baru ini, dia masih belum bersedia secara emosi untuk kembali ke set penggambaran.
  • Nilam mahu memastikan watak yang dibawa selari dengan keadaan emosi dan keikhlasan dirinya sebelum menerima sebarang tawaran.

Isteri kepada Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz mendedahkan dia sudah lama meninggalkan dunia lakonan sejak mendirikan rumah tangga.

 

Menurut Nilam, keputusan itu dibuat secara rela hati kerana mahu memberi fokus sepenuhnya kepada kehidupan peribadi dan keluarga.

 

“Aku dah lama tak shooting sejak kahwin dengan Komeng memang aku berhenti terus. Sejak akhir-akhir ini ada beberapa produksi hubungi tawarkan watak untuk berlakon balik. 

 

“Ada yang okay sebenarnya. Tapi bila baca skrip kebanyakannya watak perempuan bahagia,” kongsinya. 

 

Bagaimanapun, Nilam mengakui secara emosi dia masih belum bersedia untuk kembali ke set penggambaran, apatah lagi membawa watak yang memerlukan penghayatan perasaan tertentu.

 

Tambahnya lagi, dia tidak mahu sekadar menerima tawaran semata-mata, sebaliknya mahu memastikan setiap watak yang dibawakan selari dengan keadaan emosi dan keikhlasan dirinya.

 

“Entah kenapa rasa macam tak kena dengan diri aku sekarang. Bukan tak nak, cuma mungkin belum masanya lagi sebab aku tak boleh nak ‘fake’kan perasaan sekarang,” ujarnya. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Must-Watch Video

Advertisement