Penyanyi, Daniel Sher akui terkejut selepas menerima hadiah istimewa berupa mikrofon tanpa wayar daripada peminatnya sewaktu sesi meet and greet.
Menurut Daniel, sepanjang dia berada dalam industri dia belum berkesempatan untuk membeli mikrofon tanpa wayarnya sendiri dan sangat terharu dengan pemberian tersebut.
“Sebelum ini Daniel memang tak ada mikrofon sendiri. Jadi bila peminat hadiahkan mikrofon tanpa wayar yang ‘customised’ ini, Daniel memang terkejut dan terharu. Ia bukan mikrofon biasa.
"Daniel memang simpan mikrofon ini dan berjanji nak guna kali pertama masa meet and greet. Lepas ini, peminat boleh tengok Daniel gunakan mikrofon ini dalam persembahan akan datang,” katanya.
Lebih istimewa, mikrofon tersebut direka khas mengikut minat Daniel terhadap karakter animasi Pokemon iaitu Pikachu.
“Peminat tahu Daniel memang suka Pokemon dan Pikachu, jadi mereka tempah mikrofon ini sendiri di tempat yang sama seperti Hael Husaini dan Nadeera. Bila Daniel tahu perkara itu, memang rasa mikrofon ini sangat istimewa.
“Bila Daniel terima mikrofon ini, Daniel cuma mampu kata, ‘Oh my goodness, I really love you guys’. Sokongan macam ini buat Daniel rasa sangat dihargai,” ujarnya.
Jangan lupa untuk undi Daniel dan Alpha di Gempak Most Wanted Awards 2025.
Senarai Top 10 GMWA2025 diumumkan secara rasmi pada 14 Januari 2026 dan fasa undian akan dibuka kepada orang ramai bermula 15 Januari hingga 15 Februari 2026.
Lebih menarik, GMWA kali ini juga membawa format baharu iaitu 50 peratus undian peminat dan 50 peratus lagi undian daripada juri profesional.
Edisi kali ini juga tiada lagi dua fasa undian seperti edisi terdahulu sebaliknya calon-calon Top 10 akan terus bertanding sehingga ke Malam Kemuncak GMWA2025.
Sebanyak 50 kredit undian diberikan bagi setiap kategori sehari.
Jangan lupa layari www.gempakmostwantedawards.com untuk mengundi calon kegemaran anda.