Skip to main content

Bollywood

Diramal Rumah Tangga Dengan Nick Jonas Akan Runtuh, Priyanka Chopra Malas Fikir

Astro Gempak jonas

Sekilas

  • Priyanka Chopra tidak mahu hidup dalam ketakutan mengenai perkahwinannya dengan Nick Jonas walaupun ramai meramalkan rumah tangga mereka tidak akan kekal.
  • Mereka berkahwin pada Disember 2018 selepas bercinta selama enam bulan dan kini mempunyai seorang anak perempuan, Malti Marie, yang lahir pada Januari 2022.
  • Chopra menegaskan dia sudah berhenti memikirkan ramalan negatif tentang perkahwinannya yang sudah berusia lapan tahun.

Bintang Bollywood yang namanya bersinar di Hollywood, Priyanka Chopra mengaku tidak ingin hidup dalam ‘ketakutan’ terutama terhadap perkahwinan bersama Nick Jonas hanya kerana ramai yang meramalkan rumah tangga mereka tidak akan kekal.

Chopra dan Jonas berkahwin pada Disember 2018. Sejak itu ada segelintir pihak yang meramalkan perkahwinan bekas ratu cantik yang tua 10 tahun daripada penyanyi itu tidak akan bertahan lama.

Sementelah, pertembungan budaya di antara keduanya juga dikatakan tidak akan membuat pasangan selebriti itu dapat mencari keserasian.

Bercakap mengenai situasi rumah tangganya yang selalu diramal tidak akan bertahan lama, Chopra berkata: “Usia perkahwinan kami sudah lapan tahun.

“Jika ada yang menanti rumah tangga saya akan retak atau tidak berjaya, itu pilihan mereka.

“Saya berhenti fikir (rumah tangga runtuh) tentangnya.”

Chopra, 43, bercakap tentang perkahwinannya dalam temu bual bersama Variety.

Pasangan itu memang menjalani percintaan yang agak ‘cepat’ sebelum membuat keputusan berkahwin.

Mereka hanya bercinta selama enam bulan sebelum berkahwin dan kini dikurniai seorang anak perempuan, Malti Marie Chopra Jonas yang lahir pada Januari 2022.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Vintage Long Sleeve Breasted Ruffled Crew Neck Blouse

ZANZEA Women Vintage Long Sleeve Breasted Ruffled Crew Neck Blouse

KM Eloura Straight Cut Loose Style Women Pants [P5452]

KM Eloura Straight Cut Loose Style Women Pants [P5452]

Chillwax hair removal wax pencabut bulu 250ml Sugar wax 100% Organic

Chillwax hair removal wax pencabut bulu 250ml Sugar wax 100% Organic

NORTH HARBOUR Unisex Men Women Adult The Best Ever Round Neck Plain Cotton T-Shirt Baju Kosong Solid Tee NHR1100 Group C

NORTH HARBOUR Unisex Men Women Adult The Best Ever Round Neck Plain Cotton T-Shirt Baju Kosong Solid Tee NHR1100 Group C

(3xl-10xl)SLACK Pants Plus Size Unisex (MSI).Seluar Saiz Besar Lelaki/Perempuan SLACK Long Pants Men Big Size

(3xl-10xl)SLACK Pants Plus Size Unisex (MSI).Seluar Saiz Besar Lelaki/Perempuan SLACK Long Pants Men Big Size

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

Must Watch Video

Advertisement