Skip to main content

Viral

Digelar 'Ratu Gimik', Ini Respons Iman Troye!

iman

Sekilas

  • Iman Troye menafikan dakwaan sebagai 'ratu gimik' dan menjelaskan dia hanya berkongsi secara random di media sosial tanpa niat tertentu.
  • Iman tidak kisah dengan persepsi negatif orang ramai dan menganggap perkongsiannya sama seperti pengguna media sosial lain.
  • Perkongsian Iman tentang duet dengan seorang 'founder' yang dianggap keputusan terburuk tahun lalu mencetuskan spekulasi netizen, termasuk kaitan dengan Aliff Syukri.

Penyanyi Iman Troye mengulas tanggapan segelintir pihak yang melabelkannya sebagai ‘ratu gimik’, sekali gus menimbulkan keraguan orang ramai terhadap setiap perkongsiannya di media sosial.

Jelas Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin, 23, dia tidak beranggapan label berkenaan ditujukan kepadanya.

"Apa? Ratu gimik? Saya tak kisah pun apa orang nak cakap. Saya rasa bukan sayalah.

"Sebenarnya semua yang saya lakukan agak 'random'. Saya cuma muat naik dan orang percaya. Saya tidak letak tajuk, tetapi orang buat andaian. Saya tak keluarkan kenyataan pun.

"Tapi betul, orang macam sudah perlahan-lahan tak percaya apa yang saya buat. Saya tak kisah pun. Saya cuma kongsi benda seperti orang lain juga di media sosial. Orang nak panggil saya apa pun, saya tak kisah," katanya kepada Gempak.

Iman ditemui pada acara pertunjukan fesyen KWC Raya Berganda di KWC Fashion Wholesale Mall, Kuala Lumpur pada Rabu.

Terdahulu, Iman menerusi hantaran di TikTok menyifatkan duet bersama seorang ‘founder’ sebagai keputusan paling teruk yang dibuatnya pada tahun lalu.

"Keputusan paling teruk yang saya buat pada tahun lalu adalah duet dengan seorang 'founder'," tulisnya.

Perkongsian itu kemudiannya mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen yang mengaitkan kenyataan tersebut dengan Aliff Syukri.

Aliff turut memuat naik semula video berkenaan dan meluahkan rasa kurang senang di media sosial miliknya. Namun, ada juga pihak yang beranggapan situasi tersebut hanyalah strategi promosi menjelang pelancaran lagu raya duet terbaharu mereka.

Anda mungkin berminat dengan

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

【READY STOCK AT MALAYSIA】Korean Women Sleeveless Singlet Inner Crop Top Shirt Turtleneck Camisole female Tight-fitting

【READY STOCK AT MALAYSIA】Korean Women Sleeveless Singlet Inner Crop Top Shirt Turtleneck Camisole female Tight-fitting

KM Eloura Straight Cut Loose Style Women Pants [P5452]

KM Eloura Straight Cut Loose Style Women Pants [P5452]

Plaid Wide Leg Pants Made of Super Soft Foam Lining, Cool for Summer Wear MA689

Plaid Wide Leg Pants Made of Super Soft Foam Lining, Cool for Summer Wear MA689

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

CROSSRUNNER Plus Size 4XL 5XL 6XL 7XL Big Round Neck Jersey Sport Training T-Shirt Unisex Microfiber Baju Jersi CRR7000

CROSSRUNNER Plus Size 4XL 5XL 6XL 7XL Big Round Neck Jersey Sport Training T-Shirt Unisex Microfiber Baju Jersi CRR7000

Must-Watch Video

Advertisement