Skip to main content

Hiburan

Didakwa Sedang Hamil, Ini Respons Amira Othman - “Saya Masuk Hospital…”

Amira Othman

Sekilas

  • Penyanyi Amira Othman kini beransur pulih selepas dimasukkan ke wad akibat bronkitis buat kali kedua.
  • Amira memohon doa baik dan belum mengesahkan spekulasi mengenai kehamilannya.
  • Dia menganggap soalan tentang anak sebagai perkara biasa bagi pasangan baru berkahwin dan menerima dengan hati terbuka.

Penyanyi Amira Othman meluahkan rasa syukur apabila keadaan kesihatannya kini beransur pulih selepas menerima rawatan di sebuah pusat perubatan baru-baru ini. 

 

Menganggap diri mudah jatuh sakit, Amira atau Nadia Amira Othman berkata dia ditahan wad akibat mengalami bronkitis buat kali kedua. 


“Alhamdulillah, sekarang dah beransur sihat tapi ada lagi yang belum pulih sepenuhnya. Saya sebenarnya ditahan wad disebabkan bronkitis. Ikutkan dah kali kedua saya kena. 

 

“Saya sedikit sensitif la. Yela, kita tak tahu keadaan sekeliling macam mana. Kita pun keluar hari-hari… benda pun nak jadi. 

 

“Alhamdulillah, dah beransur pulih cuma batuk saja la lambat sikit nak baik,” kata Amira kepada Gempak. 

ARTIKEL BERKAITAN: Amira Othman Tak Ikut Terbang Ke Korea, Maam Nurul Kongsi Kisah Di Sebalik Kejadian - “Saya Dapat Panggilan Dari Team Aca…”

ARTIKEL BERKAITAN: Amira Othman Buat Kejutan Sambut Fattah Amin, Ada Yang Sedih Lihat Wajah Isteri Masih Pucat - “Moga Cepat Sembuh Mira”

Bagaimanapun isteri kepada pelakon Fattah Amin ini hanya mohon doa yang baik-baik apabila ditanya mengenai spekulasi dirinya kini sedang hamil. 

 

“Saya mohon doa yang baik-baik. Kalau ada rezeki, ada berita baik, sesuai pada waktunya saya kongsikan. Saya masuk hospital memang sebab bronkitis. 

 

“Waktu itu saya sukar untuk bernafas. Kebetulan waktu itu saya ada shooting di Korea, jadi saya ke hospital untuk dapatkan rawatan. 

 

“Tapi disebabkan keadaan tidak mengizinkan, doktor pun nasihatkan saya untuk tidak pergi. Yang lain-lain, spekulasi itu biasalah kan. 

 

“Saya ini dari zaman anak dara pun ada macam-macam spekulasi. Tapi saya harap doa yang baik-baik daripada kalian,” ujarnya. 

 

Dalam pada itu, penyanyi lagu Rasa & Takdir ini menganggap persoalan melibatkan anak itu perkara biasa untuk pasangan yang baru sahaja berkahwin. 

 

“Benda baik kita aminkan, belum kahwin orang tanya bila nak kahwin. Dah kahwin, tanya bila nak ada anak, dah ada anak pertama, tanya bila nak anak kedua. 

 

“Saya rasa itu lumrah la. Tak ada apa yang saya harus ambil hati atau kecil hati ke. Mudah-mudahan doa itu Allah kalbulkan,” katanya. 

Must-Watch Video

Advertisement