Skip to main content

Hiburan

Didakwa Cuba Jejas Perniagaan Pempengaruh Terkenal, Tareq Fit Tak Gentar Kena Saman - “Duit Kau Ada, Aku Ada Allah…”

Tareq Fit

Personaliti media sosial, Tareq Fit mempertahankan pendiriannya elepas timbul dakwaan kononnya kenyataan dan kandungan dimuat naik olehnya menjejaskan nama baik sebuah perniagaan milik usahawan terkenal.

Menerusi satu hantaran di Threads, Tareq menegaskan bahawa niatnya bukan untuk mencetuskan permusuhan sebaliknya bertujuan mendidik masyarakat mengenai amalan pemakanan yang lebih sihat.

“Nak saman silakan, hakikat kena sebarkan. Subhanallah, kau terasa hati kerana hakikat. Duit kau ada, aku ada Allah, cukup sangat alhamdulillah. Subhanallah, didik masyarakat untuk kurangkan makanan yang banyak topping tidak sihat jadi salah.

“Perkara benar memang pahit. Aku tidak bermusuh dengan kau atau jenama kau, aku cuma didik masyarakat untuk jadi sihat,” katanya.

Terdahulu, pempengaruh media sosial dan usahawan, Ojen Aiwahhh atau nama sebenarnya Mohd Ruzain Ahza Mohd Rosli, memberi bayangan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang jurulatih kecergasan yang didakwa telah memuat naik kandungan berunsur tidak tepat sehingga menjejaskan reputasi perniagaannya.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, Ojen memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp bersama seorang peguam, yang menjelaskan bahawa beberapa video yang dimuat naik oleh jurulatih kecergasan berkenaan boleh dijadikan bahan bukti untuk tindakan undang-undang.

Menurut peguam tersebut, kandungan yang mengandungi maklumat tidak tepat berhubung perniagaan Ojen berpotensi dibawa ke muka pengadilan sekiranya terbukti menjejaskan nama baik dan kepercayaan pelanggan.

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by Tareq Fit (@tareqfit91)

Anda mungkin berminat dengan

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

Jies High Waist Retro Scimitar Wide Leg Jeans - Blue P096

Jies High Waist Retro Scimitar Wide Leg Jeans - Blue P096

adidas Football Goletto IX Firm/Multi-Ground Boots Unisex White JP6709

adidas Football Goletto IX Firm/Multi-Ground Boots Unisex White JP6709

ELGINI E16213 Seluar Yoga Pinggang Tinggi S-XXL | High-Waist Yoga Pants

ELGINI E16213 Seluar Yoga Pinggang Tinggi S-XXL | High-Waist Yoga Pants

10PCS Panties Women Mid Waist Antibacterial Underwear Students Girls Comfortable Breathable Briefs

10PCS Panties Women Mid Waist Antibacterial Underwear Students Girls Comfortable Breathable Briefs

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video

Advertisement