Skip to main content

Hiburan

‘Dibuli’ Di Media Sosial, Abby Abadi Minta Pandangan Netizen - “Zaman Caci Maki Hamun Sekarang…”

Astrogempak Abby Abadi

Sekilas

  • Abby Abadi berkongsi kebimbangannya mengenai gangguan dan buli siber yang dihadapinya di media sosial.
  • Dia meminta pandangan dan nasihat dari orang ramai, khususnya berkaitan langkah undang-undang untuk menangani isu tersebut.
  • Abby menegaskan dia mahukan nasihat daripada individu yang benar-benar berpengetahuan supaya tindakan yang diambil lebih tepat dan berkesan.

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi meluahkan kebimbangannya susulan isu gangguan serta buli siber yang didakwa dihadapi di media sosial.

Menerusi satu perkongsian di platforms Threads, Abby secara terbuka meminta pandangan dan nasihat daripada orang ramai, khususnya berkaitan langkah terbaik untuk menangani situasi tersebut dari sudut undang-undang.

“Ye ke dengan mahkamah boleh selesai semua masalah? Tapi ambil masa yang panjangkan?

“Kos besar lagi… ada tak sini yang bleh bagi khidmat nasihat untuk saya. Contoh untuk Cyberbully, jauhkan seseorang dari gangguan, stop difitnah dan nafkah yang bertangguh,” tulisnya.

Sementara itu, Abby menegaskan dia mencari pandangan daripada individu yang benar-benar berpengetahuan agar setiap langkah yang diambil nanti lebih tepat dan berkesan.

“Nak dengar khidmat nasihat dari seseorang yang betul-betul pandai menasihat & boleh diterima akal.

“Serius lah.. zaman caci maki hamun sekarang ni sangat menakutkan. Nak bawa kemana perangai tu Adik, Kakak, abang, Achik sekelian? Tak takut mati ke?,” tambahnya. 

Terdahulu, Abby Abadi berkongsi di Threads mengenai hantaran netizen yang didakwa cuba memfitnahnyab dan bercakap buruk mengenainya di media sosial.

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

Must-Watch Video

Advertisement