Sekilas
- Dayana Roza mengumumkan dia reda dengan perpisahan dan berharap diberi kekuatan serta kesihatan untuk membesarkan dua anaknya, Astrid Raheeya dan Aryan Andika.
- Dia memohon orang ramai mendoakan agar segala urusannya dipermudah dan diberi rezeki yang luas.
- Dayana mengesahkan dia sudah bercerai dengan bekas suami, A’dale Adham Ayahudin sejak 18 Disember lalu selepas berkahwin pada 25 Disember 2020.
Pelakon, Dayana Roza memberi bayangan dirinya reda dengan apa yang berlaku.
Menerusi ciapan di Threads, Dayana menzahirkan harapan agar dirinya dikurniakan kekuatan dan kesihatan untuk membesarkan dua anaknya iaitu Astrid Raheeya, 4 dan Aryan Andika, 2.
“Happy mom, happy kids insya-Allah. Semoga Allah luaskan pintu rezeki dan diberi kesihatan yang baik supaya boleh besarkan dua nyawa (anak) dengan sempurna,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, pemilik nama Nur Dayana Kamsun Baharin meminta orang ramai agar mendoakan segala urusannya dipermudah.
“Tak minta banyak, mintak korang yang baca ni doakan yang baik-baik dan aminkan ya,” kongsinya.
Terdahulu, Dayana mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan bekas suami, A’dale Adham Ayahudin sejak 18 Disember lalu.
Untuk rekod, Dayana dan A’dale berkahwin pada 25 Disember 2020.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sumber: Threads Dayana Roza