Skip to main content

Hiburan

Dari TikTok Ke Skrin TV, Farihin Arnia Syukur Impian Jadi Pelakon Tercapai - “Kalau Ada Yang Cakap Saya Lalui Jalan Mudah, Mereka Tak Nampak…”

Farihin Arnia

Sekilas

  • Farihin Arnia bersyukur impiannya menjadi pelakon tercapai selepas bermula sebagai content creator sejak 2018 dan aktif di TikTok.
  • Dia mendapat peluang berlakon dalam drama OTT Viu dan juga menyanyikan lagu runut bunyi drama Kelas Belakang hasil karya sendiri.
  • Farihin terbuka menerima kritikan dan mengakui perjuangan yang dilaluinya sebelum ini untuk berjaya dalam industri seni tanah air.

Pempengaruh media sosial, Farihin Arnia meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk bergelar pelakon tercapai.

Menurut Farihin, selepas membina sebagai ‘content creator’ dari tahun 2018, dia berasa sangat gembira kerana dapat membuktikan kemampuannya untuk mengembangkan bakat dalam industri seni tanah air.

"Saya sangat gembira kerana ini adalah impian saya dari awal sebab saya buat ‘content’ pun untuk orang lihat saya punya bakat. Saya akui sangat susah untuk saya kembangkan bakat saya ketika saya di Sabah.

“Jadi saya aktif di TikTok, saya berlakon di platform itu dan buat cerita saya sendiri. Syukur dengan bantuan kawan-kawan saya seperti Ryan Bakery, dan pihak pengurusan, saya dapat mencuba banyak peluang di sini.

“Keluarga saya tulang belakang saya yang paling kuat. Kalau tiada berkat dari mereka untuk saya turun ke Kuala Lumpur, tiadalah saya di sini hari ini,” katanya kepada Gempak.

Terkenal dengan watak ‘Zubaidah’ di TikTok, Farihin turut berterima kasih kepada pihak penstriman Viu yang telah memberikannya peluang untuk berlakon buat kali ketiga drama keluaran platform OTT tersebut.

Malah, Farihin turut berterima kasih kepada pihak Viu kerana memberikannya peluang untuk menyanyikan runut bunyi bagi drama terbaharu lakonannya yang berjudul Kelas Belakang.

“Saya sebenarnya tak sangka lagu saya, Jatuh Bangun dijadikan lagu runut bunyi bagi Kelas Belakang. Dalam drama ini ada satu episod yang menceritakan watak saya, Johan membuat lagunya sendiri.

“Saya memang kena buat lagu itu dan saya dengarkan pada pengarah, Abang Labu. Saya tulis lagu dan lirik sendiri sepanjang penggambaran drama ini dan kemudian pihak penerbitan menyatakan minat untuk jadikan lagu itu sebagai runut bunyi kerana bagi mereka lagu saya ‘best’.

“Bila orang berikan saya peluang, saya buat sehabis baik dan jika ada peluang lagi untuk saya buat lagu lagi, saya terima,” katanya.

Bercakap mengenai kerjaya lakonannya, anak jati Kota Kinabalu ini memaklumkan dia terbuka menerima segala kritikan yang akan diterimanya.

“Bagi saya kritikan yang diberikan semuanya membina. Kalau orang cakap saya lalui jalan mudah, mereka tak nampak ‘struggle’ yang pernah saya lalui sebelum ini. Ini juga untuk kelangsungan hidup saya juga,” katanya.

Sekadar info, drama Kelas Belakang memaparkan tentang realiti peljar di kelas paling tercorot, sering dipandang remeh dan dipinggirkan.

Selain Farihin, drama yang diarahkan oleh Nurhanisham Muhammad (Labu) itu turut menampilkan barisan pelakon muda seperti Amylia Aidura, Zairi Aziz, Areef Amran, Faha Azhar, Ryliana Azizan, Arfie Shah dan Myra Afrina.

Anda mungkin berminat dengan

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Must-Watch Video

Advertisement