Skip to main content

Selebriti

Darah Legasi Diwarisi! Selepas Aisha Retno, Mila Mohsin Dipilih Bawa Watak Puteri Gunung Ledang

Mila Mohsin Puteri Gunung Ledang

Sekilas

  • Mila Mohsin diumumkan sebagai salah seorang pelakon yang akan membawa watak Puteri Gunung Ledang dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical.
  • Produksi teater mengumumkan kelainan dengan menampilkan dua pelakon untuk watak Puteri Gunung Ledang dan dua pemeran watak Bayan dalam pementasan kali ini.
  • Mila merupakan anak kepada Allahyarham Hani Mohsin dan Puan Seri Tiara Jacquelina, dan pengumuman ini mendapat sambutan positif daripada netizen.

Selepas nama penyanyi, Aisha Retno diumumkan sebagai salah seorang pelakon bagi watak Puteri Gunung Ledang, kini pelakon, Mila Mohsin pula diperkenalkan sebagai aktres kedua yang bakal menghidupkan karakter ikonik tersebut dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical.

Berita itu diumumkan secara rasmi oleh produksi teater Puteri Gunung Ledang The Musical menerusi hantaran terbaharu di Instagram.

“Sejak kecil dia telah membesar bersama dunia Puteri Gunung Ledang, menyaksikan sendiri cinta, pengorbanan dan magis yang menjadikan kisah ini hidup di hati para pencintanya selama dua dekad.

“Dan kini, tibalah waktunya pula untuk melangkah ke dalam lagenda itu sendiri.

“Inilah salah satu Puteri kami, bukan sekadar mewarisi sebuah nama, tetapi membawa denyut rasa, darah dan jiwa yang telah lama menjadi bagian daripada dunia ini,” maklum hantaran tersebut.
 


Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata netizen dan menzahirkan ucapan tahniah kepada Mila.

Untuk rekod, Mila atau nama sebenarnya Hani Karmila Hani Mohsin, ini merupakan anak kepada Allahyarham Hani Mohsin dan Puan Seri Tiara Jacquelina.

Terdahulu, produksi telah mengumumkan sedikit kelainan untuk pemetasan kali ini dimana akan ada dua Puteri Gunung Ledang dan dua pemeran watak Bayan.

Penyanyi, Mimi Fly dan aktres, Nadiah Aqilah telah diumumkan sebagai pemeran watak Bayan

Manakala aktor, Luqman Hafidz pula sebagai pemegang watak Sultan Melaka dan Yusuf Hashim sebagai pemeran watak Gusti Adipati.

 

Anda mungkin berminat dengan

ELGINI E16218 Bra Sukan S-XXL | Sports Bra

ELGINI E16218 Bra Sukan S-XXL | Sports Bra

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

《Mega Deal》Plus Size Adjustable Bra Bamboo Charcoal Simple and Thin Wireless Bra Without Rims

《Mega Deal》Plus Size Adjustable Bra Bamboo Charcoal Simple and Thin Wireless Bra Without Rims

《Mega Deal》Ice Silk Seamless Underwear Middle Waist Panties Women Clothing

《Mega Deal》Ice Silk Seamless Underwear Middle Waist Panties Women Clothing

Local Stock!! Beauty Back Bra Push Up Women Thin Section Small Chest Gathering Simple No Steel Ring Underwear

Local Stock!! Beauty Back Bra Push Up Women Thin Section Small Chest Gathering Simple No Steel Ring Underwear

women coat 2025 New Style korean fashion top

women coat 2025 New Style korean fashion top

Advertisement