Sekilas
- Fathia Latiff bersyukur kerana diberi peluang bekerjasama dengan usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri.
- Fathia mengucapkan terima kasih dan mendoakan agar perniagaan Aliff Syukri terus maju.
- Pelakon itu tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai projek kerjasama mereka.
Pelakon, Fathia Latiff meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk bekerjasama dengan pempengaruh dan usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri.
Menerusi perkongsian di Threads, Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff menzahirkan ucapan rasa terima kasih buat Aliff atas kesudian menawarkan kerjasama tersebut dengannya.
Pelakon yang terkenal menerusi drama Ariana Rose ini turut mendoakan agar perniagaan Aliff Syukri terus maju di masa akan datang.
“Alhamdulillah dapat job dengan Datuk Seri Aliff Syukri.
“Terima kasih Datuk, semoga rezeki Datuk lebih melimpah ruah lagi lepas ni,” tulisnya.
Walau bagaimanapun, Fathia tidak berkongsi secara terperinci projek atau pun kerjasamanya bersama Aliff Syukri.

Sumber: Threads Fathia Latiff