Sekilas
- Fify Azmi dakwa dirinya dipercayai menjadi mangsa curang teman lelaki melalui perkongsian di Threads yang turut memuat naik bukti perbualan didakwa melibatkan kekasihnya dengan wanita lain.
- Fify berkongsi pengalaman itu sebagai pengajaran kepada wanita lain supaya mempercayai naluri dan sedar bahawa pengkhianatan boleh datang dari orang yang dekat.
- Pelakon itu memilih untuk meneruskan hidup dengan ketenangan jiwa dan menegaskan kesetiaan tidak boleh dipaksa daripada orang yang salah.
Nama pelakon, Fify Azmi menjadi perhatian ramai selepas berkongsi satu pendedahan mengenai dirinya yang didakwa menjadi mangsa curang dipercayai dilakukan oleh teman lelakinya.
Menerusi pendedahan di Threads, Fify meluahkan rasa kecewa dan tidak pernah akan berkongsi tentang perkara seperti itu kepada umum.
Fify juga turut memuat naik beberapa tangkap layar perbualan yang didakwa melibatkan kekasihnya dengan seorang wanita lain.
Menurut Fify, perkongsian tersebut dibuat sebagai pengajaran kepada wanita lain agar untuk mempercayai naluri sendiri.
“Saya tidak pernah menyangka perlu berkongsi perkara seperti ini. Namun, jika perkongsian ini dapat membantu walaupun seorang wanita untuk lebih mempercayai naluri mereka, maka ia berbaloi.
“Ia menjadi peringatan bahawa pengkhianatan tidak semestinya datang daripada orang asing, dan kesetiaan bukan sesuatu yang boleh dianggap wujud hanya kerana seseorang itu kelihatan baik, sopan atau nampak warak.
“Ada pengkhianatan yang tidak memusnahkan diri kita, sebaliknya membuka mata tentang siapa yang sebenarnya tidak ditakdirkan untuk kekal dalam hidup kita. Saya sudah sembuh daripada luka itu,” tulisnya

Dalam hantaran yang sama, Fify berkata dia memilih untuk meneruskan kehidupan dan menyedari bahawa ketenangan jiwa jauh lebih bernilai daripada mengharapkan kesetiaan daripada orang yang salah.
“Saya sudah meneruskan kehidupan. Dan saya belajar bahawa ketenangan jauh lebih bernilai daripada memaksa kesetiaan daripada orang yang salah,” tegasnya.
Bagaimanapun, usaha Gempak untuk mendapatkan kenyataan lebih lanjut gagal apabila aktres tersebut tidak memberikan sebarang respon.
Sumber: Threads @fifyazmi