Skip to main content

Hiburan

Daiyan Trisha Kesal Akaun Palsu Sebar Dakwaan Dirinya Keluar Islam Masih Wujud, Minta Orang Ramai Buat Laporan - “Hentikan Karut Ini!”

bbb

Sekilas

  • Daiyan Trisha kecewa dengan kewujudan akaun palsu di media sosial yang menyamar sebagai dirinya dan menyebarkan fitnah kononnya dia telah murtad.
  • Dia meminta orang ramai membantu melaporkan akaun palsu tersebut yang sering muncul walaupun sudah digantung berkali-kali.
  • Netizen dilaporkan sudah mengambil tindakan melaporkan akaun palsu yang menggunakan gambar dan nama Daiyan tanpa kebenaran.

Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha, meluahkan rasa kesal apabila mendapati masih wujud akaun palsu di media sosial yang berulang kali menyamar menggunakan identiti dirinya untuk menyebarkan fitnah termasuk dakwaan bahawa dirinya telah murtad.

Menerusi perkongsian di Threads,Daiyan meminta bantuan orang ramai untuk melaporkan akaun tersebut yang dilihat sengaja mengelirukan pengikutnya.

Akaun palsu tersebut difahamkan memuat naik gambar dan kenyataan, kononnya daripada Daiyan sendiri, mengenai pertukaran agamanya.

bbbn

“Bolehkah semua orang tolong laporkan akaun ini, OMG ini jelas sekali palsu dan saya sangat penat dengannya!!! Ia telah digantung berkali-kali tetapi terus muncul,” tulisnya.

Pelakon drama Project Anchor SPM itu turut mempersoalkan motif di sebalik tindakan individu tersebut yang dilihat sengaja cuba mencemarkan imej dan akidahnya.

“Saya betul-betul tak faham motifnya, kenapa?! Hentikan karut ini,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memaklumkan bahawa mereka sudah pun melaporkan akaun palsu tersebut.

Sebelum ini, wujud sebuah akaun yang menggunakan nama sebagai @divyanatrisha di Threads. 

Akaun tersebut menggunakan foto Daiyan tanpa kebenaran selain membuat fitnah mengatakan pemilik merupakan seorang Muslim yang telah menganut agama Hindu.

Must-Watch Video

Advertisement