Skip to main content

Filem

Dah Boleh Lapor Diri Boh! Inspektor Khai & Sani Nak Rekrut Team Baru Sempena Polis Evo Wonda-Ful 10 Years

Polis Evo Wonda-Ful 10 Years

Sudah 10 tahun sejak Polis Evo (PE) mula menggegarkan pawagam tanah air, dan kini francais aksi kegemaran rakyat Malaysia itu kembali dengan satu kejutan luar biasa iaitu pencarian wajah baharu untuk sertai dunia PE.

Bersempena dengan sambutan Polis Evo Wonda-Ful 10 Years, penerbit filem ini, Astro Shaw, dengan bangganya mengumumkan satu sesi ujibakat terbuka untuk mencari pelakon baharu yang akan memegang watak penting dalam francais blockbuster ini.

Advertisement

Antara watak yang dimaksudkan adalah Ira Kalila, Inspektor Daniel (Danny), Chief Imani Malik dan Encik Bassim.

Pasti ramai yang masih mengingati lakonan hebat, aksi mantap dan lawak bersahaja dari gandingan Inspektor Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak).

Tak sangka sudah sedekad filem ini menghiburkan dan menyatukan penonton dari pelbagai latar belakang, dari generasi pertama penonton hingga yang baru mengenali dunia PE.

Kini, giliran anda pula berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada legasi Polis Evo!

Ujibakat Terbuka – Butiran:

Tarikh: 17 September 2025
Lokasi: TGV Suria KLCC
Masa: 10.00 pagi – 3.00 petang

Kelayakan:

1.Terbuka kepada lelaki dan wanita
2.Berumur 18 tahun dan ke atas
3.Terbuka kepada semua warganegara Malaysia
4.Fasih bertutur bahasa melayu

Jadi, kepada yang pernah berangan nak jadi pegawai polis bergaya seperti Khai dan Sani, inilah masanya! Mungkin anda bakal bergandingan dengan barisan pelakon hebat dalam filem akan datang!

Jangan lupa bawa diri, semangat dan keyakinan anda – Inspektor Khai & Sani tengah cari rekrut baru, bohh!

Untuk maklumat lanjut, ikuti laman sosial rasmi Astro Shaw dan Polis Evo.

Must-Watch Video

Advertisement