Seorang wanita Korea berusia 40-an dihadapkan ke muka pengadilan selepas didakwa cuba menceroboh rumah ahli kumpulan K-pop BTS, Jungkook.
Memetik laporan Koreaboo, wanita berkenan dipercayai cuba menceroboh kawasan tempat letak kereta di kediaman Jungkook yang terletak di Yongsan Ward, Seoul, sekitar jam 11:20 malam pada 30 Ogos lalu.
Suspek ditahan oleh pihak berkuasa sejurus menerima laporan mengenai pencerobahn tersebut.
Menurut pihak polis, kes tersebut telah diserahkan kepada pejabat pendakwa raya pada 14 Oktober di bawah pertuduhan pencerobohan dan pelanggaran undang-undang anti-stalking.
Tidak terhenti disitu, seorang wanita warga China berusia 30-an juga turut dikesan telah mengunjungi rumah Jungkook pada malam 11 Jun, hari yang sama penyanyi itu menamatkan khidmat tenteranya.
Advertisement
Wanita berkenaan dilaporkan cuba menekan papan kekunci pintu berkali-kali sebelum pihak polis tiba dan menahannya.
Hasil siasatan mendapati wanita itu datang ke Korea khusus untuk bertemu Jungkook.
Namun, Pejabat Pendakwa Raya Daerah Seoul memutuskan untuk tidak mendakwa wanita tersebut kerana gagal menceroboh ke dalam rumah dan dianggap berisiko rendah untuk mengulangi perbuatan itu selepas pulang ke negara asalnya.
Kedua-dua insiden ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat mengenai keselamatan dan privasi Jungkook.
Ramai berharap agar tindakan tegas dapat diambil bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang serta menjadi pengajaran kepada individu lain yang cuba melanggar privasi artis kesayangan mereka.