Skip to main content

Hiburan

‘Copy Paste’ Suara Bapa! Anak Awie Duet Dengan Siti Nurhaliza Buat Netizen Terpesona - “Terus Imbas Kenangan…”

ggbgb

Sekilas

  • Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Putra Ahmad Merrah, anak lelaki Datuk Awie, tampil berduet menyanyikan lagu 'Senja Nan Merah' dalam sebuah video yang tular di media sosial.
  • Persembahan santai ini diadakan sempena sambutan hari lahir anak saudara Siti, Umairah yang ke-15, dan mendapat pujian netizen atas vokal Merrah yang dianggap mewarisi suara bapanya.
  • Netizen juga memuji kehebatan suara Siti Nurhaliza yang tetap lunak dan merdu, menjadikan duet mereka sangat menarik dan mengimbau kenangan lama lagu tersebut.

Sepotong video memaparkan biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bergandingan menyanyi bersama anak lelaki penyanyi rock, Datuk Awie iaitu Putra Ahmad Merrah, berjaya meraih perhatian ramai di media sosial.

Menerusi video yang tular itu, Siti dan Merrah mendendangkan lagu Senja Nan Merah yang merupakan lagu asal nyanyian Awie bersama Ziana Zain.

Difahamkan, persembahan santai berkenaan berlangsung sempena majlis sambutan hari lahir anak saudara Siti, Umairah yang ke-15.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terpesona dengan vokal Merrah yang disifatkan mewarisi suara bapanya.

“Lawaklah anak Awie ni. Suara memang ‘photostat’, sungguh sedap! Suara Datuk Siti pula tak perlu cakap apa, memang terlalu sedap.

“Terus imbas kenangan dulu-dulu bila dengar lagu ni. Tambah pula muka anak Datuk Awie tu memang sama macam Awie zaman 90-an.

“Tengok anak Awie ni teringat arwah Along Spoon dengan gaya rambut, tapi suara memang suara Awie. Al-Fatihah untuk arwah Along,” komen beberapa pengguna.

Dalam pada itu, Siti Nurhaliza juga tidak dapat dinafikan lagi kehebatan dan kelunakan suaranya.

“Sedap sangat, Siti nyanyi pun nampak relaks je.

“Mmemang sedap sungguh suara Datuk CT ni. Dia memang ditakdirkan bersuara lunak, lemak dan merdu, bawa lagu apa pun jadi.

“Padu duet ni, sedap sungguh suara Tokti,” tulis beberapa netizen lain.

 

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Must-Watch Video

Advertisement