Skip to main content

Hiburan

Cikgu Puji Eidrees Sentiasa Fokus Dalam Kelas & Suka Bertanya, Anzalna Nasir Luah Rasa Gembira - “Hanya Ibu Bapa Saja Faham…”

ASTROGEMPAK Anzalna

Sekilas

  • Anzalna Nasir menghadiri mesyuarat ibu bapa bersama guru anaknya, Mohamad Eidrees, pada Sabtu lalu.
  • Guru memuji Eidrees sebagai pelajar yang fokus, gemar bertanya, dan mampu menjawab dengan baik dalam kelas.
  • Anzalna berkongsi rasa bangga dan emosi sebagai ibu yang sentiasa mengingatkan anaknya supaya kekal fokus dalam apa jua yang dilakukan.

Pelakon Anzalna Nasir momen penuh bermakna apabila menghadiri mesyuarat ibu bapa bersama guru anaknya, Mohamad Eidrees, pada Sabtu.

 

Menurut Anzalna, dia sebenarnya teringin untuk merakam momen tersebut, namun memilih untuk tidak berbuat demikian sebagai tanda hormat kepada guru dan suasana pertemuan itu.

 

“Kami ada mesyuarat ibu bapa bersama cikgu hari ini (Sabtu). Saya harap saya boleh merakamnya, tetapi untuk menghormati, saya tidak melakukannya.

 

“Cikgu itu berkata Eidrees seorang pelajar yang fokus dan gemar bertanya serta berkongsi fikirannya di dalam kelas. Setiap kali dia bertanya sesuatu kepadanya, dia dapat menjawab dengan baik,” kongsinya.

 

Dalam perkongsian sama, Anzalna turut mendedahkan dia sememangnya sering mengingatkan anaknya agar sentiasa fokus dalam apa jua yang dilakukan.

 

“Alhamdulillah, saya sentiasa ingatkan dia bahawa apa sahaja yang kita lakukan dalam hidup, kita harus kekal fokus.

 

“Saya berasa sangat gembira dan beremosi, hanya ibu bapa sahaja yang faham. Sekadar perkongsian kerana akhirnya saya dapat merasai detik ini,” ujarnya lagi.

 

Perkongsian itu turut menyentuh hati ramai, khususnya golongan ibu bapa yang memahami rasa bangga apabila melihat perkembangan positif anak-anak di sekolah.

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

Fara Deluna x Fatimah Zahra Dr Cardin Women Lush Lumer I Satin I Glossy I L RIB 9362

Fara Deluna x Fatimah Zahra Dr Cardin Women Lush Lumer I Satin I Glossy I L RIB 9362

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

Eucerin Spotless Brightening Cleansing Foam 50g/150g | Brighten & Cleanse | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Cleansing Foam 50g/150g | Brighten & Cleanse | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Chuck's Lucky Lip Jelly (7g)

Chuck's Lucky Lip Jelly (7g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

Must-Watch Video

Advertisement