Skip to main content

Rancangan TV

CelcomDigi Terus Menyokong Artis Tempatan Menerusi Gegar Vaganza Musim 12 - “Ini Adalah Satu Bentuk Kerjasama Yang Sangat Baik…”

CelcomDigi Terus Menyokong Artis Tempatan Menerusi Gegar Vaganza Musim 12

Pengendali rangkaian mudah alih terbesar di Malaysia, CelcomDigi sekali lagi menjalinkan kerjasama strategik bersama program realiti popular, Gegar Vaganza untuk musim yang ke-12 (GV12).

Menurut Ketua Perkhidmatan Jenama dan Pemasaran CelcomDigi, Chan May Ling, kerjasama jangka panjang ini menjadi bukti hubungan kukuh antara kedua-dua jenama.

Advertisement

“Saya rasa untuk Gegar Vaganza dan CelcomDigi, tahun ini merupakan tahun kesepuluh kami bekerjasama.

“Bagi kami, ini adalah satu platform yang sangat baik untuk terus memberi inspirasi kepada pelbagai generasi,” ujarnya.

Menurut Chan, CelcomDigi sentiasa komited untuk berhubung secara lebih dekat dengan rakyat Malaysia melalui pelbagai inisiatif yang menggabungkan hiburan, teknologi dan pengalaman pelanggan yang bermakna.

“Bagi pihak CelcomDigi, peranan kami adalah untuk berkomunikasi dengan rakyat dan melalui rangkaian kami, kami berusaha untuk memberi inspirasi kepada mereka yang berbakat serta membantu membina semula masyarakat Malaysia agar lebih berjaya dalam bidang masing-masing.

“Saya percaya ini adalah satu bentuk kerjasama yang sangat baik, dan kami amat berbangga dapat mengekalkannya selama bertahun-tahun,” jelasnya ketika ditemui Gempak.

Tambahnya lagi, CelcomDigi bukan sekadar penaja tetapi turut memainkan peranan aktif dalam pembangunan kandungan kreatif dan pengalaman pelanggan menerusi Gegar Vaganza.

“Apabila bercakap tentang hiburan, bagi kami ia berkait rapat dengan pelbagai kandungan yang kami hasilkan untuk Gegar Vaganza. 

“Sebagai rakan startegik, kami bekerjasama dengan begitu rapat, memanfaatkan bakat dan kelebihan para artis untuk membina pelbagai program menarik.

“Contohnya, pada tahun lepas kami menghasilkan sebuah muzik video berjudul Bintang bersama artis-artis Gegar Vaganza. 

“Selain itu, kami juga melibatkan pelanggan kami dalam salah satu konsert pelayaran pertama yang diadakan di Kuching, Sarawak sempena temasya SUKMA,” ujarnya.

Tambahnya lagi, CelcomDigi cukup komited untuk terus menjadi pemangkin inspirasi bagi rakyat Malaysia dalam pelbagai bidang termasuk hiburan dan sukan.

“Inisiatif seperti ini amat penting bagi kami untuk terus berhubung dengan para pelanggan. Kami bukan sekadar hadir sebagai penaja, tetapi juga ingin membina hubungan yang lebih bermakna antara jenama kami dan pengguna.

“Di CelcomDigi, kami berhasrat untuk mewujudkan sebuah dunia yang diilhamkan oleh anda, sambil menyediakan rangkaian terbaik di seluruh negara. 

“Bagi kami, matlamat utama adalah untuk menjadi platform yang memberi inspirasi. Sebagai contoh, bagaimana kami mencari bakat-bakat nyanyian, kami menjejaki dan mengenal pasti penyanyi-penyanyi ini selama beberapa tahun untuk turut serta dalam Gegar Vaganza.

“Amat menginspirasikan apabila melihat mereka kembali ke pentas, mempersembahkan bakat dan minat mereka yang sebenar.

“Sebagai sebuah jenama, melalui kerjasama CelcomDigi dan Gegar Vaganza, kami ingin memastikan kami menyediakan platform yang membolehkan lebih ramai bakat lain menonjol.

“Sama ada dalam bidang hiburan atau sukan, kami mahu memberi peluang kepada mereka untuk bersinar dan menjadi juara dalam bidang masing-masing, itulah kepercayaan dan komitmen kami,” jelasnya lagi.

Jangan lupa saksikan Gegar Vaganza 12 yang bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).

Must-Watch Video

Advertisement