Skip to main content

Hiburan

Buat Aksi Kangkang Atas Kepala Isteri, Suami Pempengaruh Dikritik - “Aku Yang Tengok Ni Malu…”

aksi

Seorang pempengaruh media sosial dikecam hebat selepas memuat naik video unboxing blindbox yang memaparkan aksi suaminya yang didakwa tidak senonoh.
 

Menerusi rakaman berdurasi hampir satu minit itu, kelihatan si suami muncul di belakang wanita tersebut sebelum beberapa kali melagakan bahagian kemaluannya ke kepala isterinya, selain cuba memeluknya dari belakang.

Advertisement

Tindakan wanita berkenaan yang tetap memuat naik video itu di media sosial walaupun jelas berpotensi mengundang kecaman turut mengundang kritikan orang ramai.
 

“Nape suami akak macam tak betul. Aku yang tengok ni pun malu, kenapa tak edit dulu buang?

“Yang isteri pun satu, nak juga upload benda macam tu. 

“Gurau suami isteri simpan je lah. Tak pasal-pasal kena kecam kan apalah,” komen beberapa netizen.

Sehingga kini, video berkenaan terus menerima pelbagai reaksi dengan rata-rata warganet menyifatkan ia tidak wajar dijadikan bahan tontonan umum.



 

Must-Watch Video