Skip to main content

Hiburan

Bront Palarae Sifatkan Skrip TARUNG: Unforgiven Antara Terbaik Pernah Diterima - “Bila Baca Skrip…”

Astro Gempak 323

Sekilas

  • Bront Palarae memuji skrip filem TARUNG: Unforgiven sebagai antara yang terbaik pernah diterimanya dan memilih untuk terlibat kerana kekuatan naskhah, bukan kerana hubungan peribadi dengan pengarah Razaisyam Rashid.
  • Watak Khalid yang dibawakan Bront digambarkan sebagai lelaki berpengaruh dengan kehidupan mewah tetapi penuh dengan ketamakan dan kelicikan, tanpa unsur sindiran sosio-politik dalam cerita.
  • Bront juga akan berperanan sebagai penerbit dan pelakon utama dalam filem aksi ini yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 7 Mei 2026, menampilkan barisan pelakon popular tempatan.

Pelakon versatil, Bront Palarae menyifatkan skrip filem TARUNG: Unforgiven sebagai antara yang terbaik pernah diterimanya.

Menurut Bront, dia menerima tawaran membintangi filem arahan Razaisyam Rashid itu bukan kerana hubungan baik, sebaliknya tertarik dengan kekuatan skrip.

“Saya pun berkenalan dengan Razaisyam dah lama secara dekat dalam (projek ini). Beliau juga yang potong (editor) filem saya sebelum ni. So, berubah dinamik daripada kita producer, Razaisyam sebagai editor, sekarang Razaisyam pengarah, kita pula sebagai pelakon.

“Bukan sebab persahabatan yang jadi alasan untuk bekerjasama. Ia semata-mata kerana naskhah.

“Bila baca skrip itu, saya rasa ia antara yang terbaik,” katanya.

Tambahnya, watak Khalid yang dibawakan dalam filem tersebut mempunyai dimensi tersendiri apabila memaparkan sisi seorang lelaki berpengaruh dengan kehidupan mewah, namun dipenuhi ketamakan dan kelicikan.

“Dia seorang ahli perniagaan. Lelaki biasa tetapi dengan kemewahan luar biasa, namun penuh dengan ketamakan dan kelicikan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Bront turut menafikan naskhah tersebut mempunyai unsur sindiran atau metafora berkaitan isu sosio-politik.

“Tak ada. Saya tak nampak dari sudut itu. Lebih kepada kemanusiaan.

“Ada elemen kekeluargaan dan kita cuba hasilkan hiburan santai, tetapi dalam masa sama ada perkara menarik untuk dikongsi,” jelasnya.

Menerusi perkembangan lain, Bront bakal tampil sebagai penerbit selain memegang watak utama dalam filem aksi TARUNG: Unforgiven yang dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei 2026.

Selain Bront, filem arahan Razaisyam Rashid itu bakal menampilkan gandingan pelakon popular seperti Aedy Ashraf, Zul Ariffin, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, Ubai Amir, Sky Iskandar, Ikmal Amry, Aeril Zafrel dan Theebaan G.

TARUNG: Unforgiven mengisahkan bekas juara silat yang diburu dosa silam selepas berlakunya satu tragedi. Dia terpaksa bertarung di gelanggang haram demi menyelamatkan kakaknya, tanpa menyedari lawan yang menanti ialah orang terdekatnya satu ketika dahulu.

Anda mungkin berminat dengan

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

POP MART Hirono Road Journal Series-Plush Doll Pendant Blind Box

POP MART Hirono Road Journal Series-Plush Doll Pendant Blind Box

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

Must-Watch Video

Advertisement