Skip to main content

Hiburan

Bront Palarae Rai Aidilfitri Di Boston, Bakal Habiskan Pengajian Master

Astro Gempak 297

Sekilas

  • Pelakon Bront Palarae akan menyambut Hari Raya Aidilfitri di Boston kerana sedang menamatkan pengajian MBA di Asia School of Business.
  • Beliau menghadapi cabaran membahagikan masa antara pengajian separuh masa dan kerjaya lakonan, dengan kelas dalam talian di waktu malam selepas penggambaran.
  • Bront akan kembali ke Malaysia pada pertengahan April sebelum meneruskan promosi filem Ghost In Cell dan filem aksi TARUNG: Unforgiven yang akan ditayangkan pada 7 Mei 2026.

Pelakon senior Bront Palarae bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri di Boston, Amerika Syarikat tahun ini kerana komitmen pengajian di luar negara.

Menurut Bront, dia kini berada di fasa akhir pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Asia School of Business.

“Hari Raya saya di Boston. Sekarang ini dah di penghujung fasa, jadi ada tempoh tiga minggu di sana untuk habiskan pengajian.

“Ada dua lagi kertas peperiksaan sebelum tamat,” katanya.

Bront berkata, dia mula mengikuti pengajian tersebut sejak Januari tahun lalu secara separuh masa dengan menghadiri kelas pada hujung minggu.

Menurutnya, jadual padat antara pengajian dan kerjaya lakonan memberi cabaran tersendiri, terutama apabila perlu membahagikan masa antara penggambaran dan kelas dalam talian.

“Ada hari saya perlu menjalani penggambaran, kemudian pada waktu malam sambung kelas secara dalam talian. Memang padat,” ujarnya.

Tambah Bront, keseluruhan tempoh pengajian tersebut mengambil masa kira-kira 15 bulan dan dijangka tamat sepenuhnya sebelum Mei ini.

“Saya akan berada di Boston selama tiga minggu untuk fasa ‘immersion’ sebelum pulang ke Malaysia sekitar pertengahan April,” katanya.

Dalam masa sama, Bront memaklumkan sebaik pulang ke tanah air, dia akan terus ke Jakarta, Indonesia bagi tujuan promosi filem Ghost In Cell dan juga bagi filem TARUNG: Unforgiven di Malaysia.

Menerusi perkembangan lain, Bront bakal tampil dalam filem aksi TARUNG: Unforgiven yang dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei 2026.

Selain Bront, filem arahan Razaisyam Rashid itu bakal menampilkan gandingan pelakon popular seperti Aedy Ashraf, Zul Ariffin, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, Ubai Amir, Sky Iskandar, Ikmal Amry, Aeril Zafrel dan Theebaan G.

TARUNG: Unforgiven mengisahkan bekas juara silat yang diburu dosa silam selepas berlakunya satu tragedi. Dia terpaksa bertarung di gelanggang haram demi menyelamatkan kakaknya, tanpa menyedari lawan yang menanti ialah orang terdekatnya satu ketika dahulu.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

Must-Watch Video

Advertisement